Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit S'pura jatuh 2.8% pada Ogos

Penjualan runcit di Singapura merosot 2.8 peratus pada Ogos berbanding tempoh yang sama tahun lalu, selepas kuota Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) yang lebih rendah menyebabkan kurang kenderaan bermotor dijual.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Oct 2021 05:29PM Dikemas Kini : 05 Oct 2021 11:00PM

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura merosot 2.8 peratus pada Ogos berbanding tempoh yang sama tahun lalu, selepas kuota Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) yang lebih rendah menyebabkan kurang kenderaan bermotor dijual.

Kuota COE yang ditetapkan pada Mei hingga Julai tahun ini merupakan yang terendah dalam tempoh lebih enam tahun lalu.

Pertumbuhan jualan runcit pada Ogos merupakan satu penguncupan berbanding kenaikan 0.2 peratus yang dicatat bulan sebelumnya, menurut Jabatan Statistik (SingStat) pada Selasa (5 Okt).

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit berada di tahap serupa dengan Ogos 2020, berbanding dengan kenaikan 2 peratus pada Julai.

Berdasarkan penyesuaian musiman mengikut perbandingan bulan ke bulan, penjualan runcit merosot 0.6 peratus kepada 1.2 peratus pada Ogos, tanpa mengambil kira kenderaan bermotor.

STESEN MINYAK, JAM TANGAN DAN BARANGAN KEMAS MENCATAT KENAIKAN TERTINGGI

Stesen pam minyak mencatatkan kenaikan tertinggi penjualan mengikut perbandingan tahun ke tahun, iaitu sebanyak 23.7 peratus disusuli dengan penjualan jam tangan dan barang kemas, yang naik sebanyak 7.9 peratus.

Penjualan di pasar raya dan pasar raya besar meningkat 4.6 peratus manakala komputer dan peralatan telekomunikasi naik 3.0 peratus.

Bagaimanapun, penjualan kenderaan bermotor merosot 17.5 peratus pada Ogos berbanding tahun sebelumnya.

Penjualan di gedung beli-belah merosot 8.5 peratus manakala penjualan kaca mata dan buku merosot 9.6 peratus.

Keseluruhan penjualan runcit pada Ogos dianggarkan bernilai S$3.4 bilion dengan penjualan runcit membentuk 14.1 peratus, berbanding dengan 13.8 peratus pada Julai.

Nilai penjualan runcit pada Ogos tahun ini kekal di bawah paras sebelum pandemik, menurut SingStat.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, nilai keseluruhan penjualan runcit bagi bulan ini adalah sekitar S$2.9 bilion yang mana penjualan online membentuk sekitar 16.4 peratus.

PENJUALAN F&B LEBIH RENDAH DISEBABKAN SEKATAN MAKAN DI LUAR

Penjualan khidmat makanan dan minuman pada Ogos merosot 6.7 peratus berbanding tahun lalu, merosot sedikit berbanding penurunan 6 peratus yang dicatatkan pada Julai.

"Kemerosotan berdasarkan perbandingan dari tahun ke tahun pada Ogos 2021 itu sebahagian besar disebabkan oleh langkah sekatan lebih ketat terhadap aktiviti makan di luar pada tahun ini," menurut SingStat sambil menambah bahawa penjualan dalam sektor itu masih berada di bawah paras sebelum pandemik.

Singapura mengenakan larangan terhadap aktiviti makan di luar dari 22 Julai hingga 9 Ogos disebabkan beberapa penularan COVID-19.Kegiatan makan di luar kemudian dihadkan hanya kepada individu yang sudah divaksin dalam kumpulan tidak melebihi lima individu sepanjang bulan itu.

Mengikut penyesuaian musiman, penjualan khidmat makanan dan minuman merosot 2.1 peratus pada Ogos berbanding bulan sebelumnya.

Penjualan di restoran juga merosot 24.5 peratus berdasarkan perbandingan dari tahun ke tahun kerana langkah sekatan lebih ketat terhadap aktiviti makan di luar berbanding tahun lalu.

Sementara itu, penjualan di cawangan makanan segera meningkat 8.7 peratus susuli permintaan lebih tinggi bagi khidmat penghantaran makanan. Sementara itu, penjualan di kafe, pusat makanan dan tempat-tempat makan yang lain juga mencatat pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus.

Penjualan khidmat katering makanan turut mencatat kenaikan 0.1 peratus.

Berbanding bulan Julai, penjualan F&B merosot 2.1 peratus pada Ogos.

Keseluruhan penjualan khidmat makanan dan minuman bagi Ogos dianggarkan bernilai sebanyak S$628 juta, yang mana penjualan online membentuk sekitar 38.8 peratus, berbanding 39.7 peratus pada bulan sebelumnya. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan