Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit naik 4.6% pada Disember; sektor lain merosot sejak Nov

Penjualan runcit melonjak 4.6 peratus pada bulan Disember 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit naik 4.6% pada Disember; sektor lain merosot sejak Nov

Orchard Road. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 12 Feb 2018 02:46PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 02:49PM

SINGAPURA: Penjualan runcit melonjak 4.6 peratus pada bulan Disember 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik (Singstat) hari ini (12 Feb).

Sekalipun demikian, perjualan runcit hanya naik 0.6 peratus berbanding Disember 2016 setelah mengecualikan kenderaan bermotor.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, penjualan runcit susut 0.2 peratus dan merosot 2.6 peratus tidak termasuk kenderaan bermotor.

Penjualan kenderaan bermotor mencatat peningkatan tertinggi dari tahun ke tahun, naik 26 peratus.

Penjualan peralatan komputer dan telekomunikasi melonjak 15.2 peratus dari tahun ke tahun, manakala penjualan pasar raya, gedung serbaneka, peruncit makanan, stesen minyak, barangan riadah, pakaian dan kasut melonjak antara satu dengan 8.2 peratus.

Lima sektor, bagaimanapun, mengalami kemerosotan penjualan dari tahun ke tahun.

Lima sektor itu adalah penjualan jam dan barang kemas, yang merosot 8.2 peratus, minimart dan kedai serbaneka (2.7 peratus), barangan optik dan buku-buku (4.3 peratus), barangan perubatan dan kelengkapan dandanan diri (1.6 peratus) serta perabot dan peralatan rumah (0.4 peratus).

Hanya penjualan kenderaan bermotor, pakaian, kasut, barangan optik dan buku naik dari bulan ke bulan.

Keseluruhan nilai penjualan runcit dianggarkan $4.3 bilion, naik dari $4.2 bilion dalam tempoh sama pada 2016. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan