Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet S'pura junam 60.5% pada Feb

Penjualan rumah privet baru menjunam sekitar 60.5 peratus pada Februari meskipun perangkaan bagi Januari adalah kukuh, sedang pemaju menahan pelancaran rumah privet baru semasa musim Tahun Baru Cina.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet S'pura junam 60.5% pada Feb

Gambar fail rumah privet di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 15 Mar 2021 03:13PM Dikemas Kini : 15 Mar 2021 03:17PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru menjunam sekitar 60.5 peratus pada Februari meskipun perangkaan bagi Januari adalah kukuh, sedang pemaju menahan pelancaran rumah privet baru semasa musim Tahun Baru Cina.

Para pemaju hartanah menjual 645 unit pada bulan lalu berbanding 1,632 unit pada Januari, tidak termasuk kondominium eksekutif, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (15 Mac).

Hanya 167 unit dilancarkan pada bulan lalu berbanding sekitar 2,600 pada Januari.

Hartanah privet di sekeliling kawasan bandar (RCR) memacu penjualan tersebut, dengan 325 unit dijual, disusuli dengan rumah-rumah privet di pinggir kawasan bandar (OCR) dengan 262 unit dan bahagian tengah bandar (CCR) dengan 58 unit.

Penjualan bagi bulan Februari juga merosot 33.9 peratus berbanding bulan yang sama setahun lalu, dengan 976 rumah privet baru terjual.

"Pasaran hartanah berubah menjadi lebih berhati-hati bulan lalu ketika pemaju menahan pelancaran dan rentak penjualan menjadi perlahan sepanjang tempoh Tahun Baru Cina," kata naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, Christine Sun.

Menurut Cik Sun, orang ramai mungkin bersikap lebih berhati-hati terhadap sekatan-sekatan pada pasaran hartanah.

"Baik pengguna mahupun pemaju, kedua-duanya mendengar nasihat pemerintah untuk lebih berhati-hati di tengah-tengah ketidakpastian makroekonomi semasa," jelas Cik Sun.

Satu lagi sebab penjualan lemah adalah kerana banyak projek mega yang secara perlahan-lahan mengurangkan stok mereka yang tidak terjual, jelas Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Ismail Gafoor.

Penjualan pemaju pada Februari setara dengan tahun lalu, kata pengarah penyelidikan Huttons Asia, Lee Sze Teck.

"Permintaan untuk rumah masih sihat di pasaran," katanya, sambil menambah bahawa penjualan pada bulan Mac dijangka lebih tinggi dengan pelancaran projek baru The Atelier dan Midtown Modern.

Meskipun 45 rumah baru terjual dengan harga melebihi S$3 juta bulan lalu, hasil penjualan dengan harga di bawah S$1.5 juta merosot kepada 48.5 peratus bulan lalu berbanding 63.4 peratus pada Januari, kata Cik Sun.

"Sebilangan bakal pembeli mungkin menangguhkan pembelian mereka kerana mereka menunggu harga turun seandainya langkah-langkah bagi mengawal pasaran dilaksanakan kelak," tambahnya lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan