Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet S'pura jatuh 17.8% pada Jan

Penjualan rumah privet oleh para pemaju hartanah di Singapura merosot 17.8 peratus pada Januari berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet S'pura jatuh 17.8% pada Jan

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 05:21PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 05:24PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet oleh para pemaju hartanah di Singapura merosot 17.8 peratus pada Januari berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Demikian menurut data terkini pemerintah yang dikeluarkan hari ini (15 Feb).

Berdasarkan data yang dikumpulkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), para pemaju hartanah menjual 433 unit bulan lalu, berbanding 527 unit bagi pada bulan yang sama pada 2018.

Tidak termasuk Kondominium Eksekutif (EC), jumlah penjualan pada Januari merosot daripada 602 unit yang dijual pada Disember.

Termasuk EC, 434 rumah privet terjual, turun daripada 605 unit pada bulan sebelumnya.

Keseluruhannya, 498 rumah baru dilancarkan oleh para pemaju hartanah bulan lalu, dengan tiada projek EC dilancarkan.

Projek perumahan privet paling laris adalah Fourth Avenue Residences di Fourth Avenue dengan 74 unit terjual, diikuti dengan Affinity at Serangoon dengan 54 unit terjual.  

Sumber : Reuters/CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan