Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet menjunam 50% pada Disember

Syarikat pemaju hartanah menghadapi cabaran bulan lalu selepas jualan rumah privet menjunam 50 peratus pada Disember berbanding bulan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet menjunam 50% pada Disember

(Gambar fail: TODAY).

Diterbitkan : 15 Jan 2019 06:42PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 06:44PM

SINGAPURA: Syarikat pemaju hartanah menghadapi cabaran bulan lalu selepas jualan rumah privet menjunam 50 peratus pada Disember berbanding bulan sebelumnya.

Tidak mengambil kira kondominium eksekutif (EC), para pemaju menjual 602 unit rumah bulan lalu, berbanding 1,201 unit pada November, menurut perangkaan yang dikeluarkan pada Selasa (15 Jan) oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Termasuk EC pula, 605 rumah privet dijual, jauh lebih rendah berbanding 1,205 unit pada bulan sebelumnya.

Pasaran rumah biasanya kurang rancak pada Disember kerana ramai bakal pembeli bercuti ke luar negara.

Bagaimanapun penjualan rumah privet baru pada Disember 2018 adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding 431 unit yang dijual setahun sebelumnya.

Sebanyak 101 rumah baru dilancarkan oleh para pemaju bulan lalu dan tiada unit baru EC dilancarkan.

Projek kediaman paling laris adalah Parc Esta di Sims Avenue, dengan 160 unit dijual, diikuti dengan Whistler Grand di West Coast Vale yang menjual 128 unit.

"Permintaan jualan agak sihat memandangkan tiada projek baru dilancarkan bulan lalu dan kegiatan pembelian yang biasanya lembap pada musim cuti hujung tahun," kata ketua penyelidikan dan runding cara OrangeTee & Tie, Christine Sun.

Beliau menambah jumlah penjualan bagi 2018 secara keseluruhannya dijangka mencecah sekitar 9,264 unit (tidak termasuk EC) yang menepati anggaran awal mereka sebanyak 9,000 hingga 10,000 unit.

Jumlah penjualan bagi 2018 lebih rendah berbanding 2017 namun lebih tinggi daripada 2014, 2015 dan 2016, menurut Cik Sun lagi.

"Walaupun keadaan makroekonomi kekal tidak menentu, pertumbuhan ekonomi dan pasaran pekerjaan Singapura dijangka kekal kukuh tahun ini," kata Cik Sun.

"Rentak penjualan beberapa projek baru mungkin membayangkan bahawa pasaran hartanah akan mencapai keseimbangan tidak lama lagi sedang harga semakin stabil dan semakin ramai pembeli kembali ke pasaran."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan