Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet baru merosot 8.7% pada November

Jualan rumah privet baru merosot 8.7 peratus pada bulan November berbanding tempoh sama tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet baru merosot 8.7% pada November

Rumah privet dan kondominium eksekutif di Singapura. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Dec 2017 03:51PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 03:54PM

SINGAPURA: Jualan rumah privet baru merosot 8.7 peratus pada bulan November berbanding tempoh sama tahun lalu.

Demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (15 Dis).

Tidak termasuk kondomimium eksekutif (EC), para pemaju menjual 785 unit pada bulan lalu. Ini berbanding 860 unit yang dijual pada bulan November 2016.

Bagaimanapun, berdasarkan dari bulan ke bulan, jualan naik 3.3 peratus dari 760 unit yang dijual pada bulan Oktober.

Kenaikan itu mungkin didorong oleh "rasa terdesak dalam kalangan pembeli", menurut CEO Propnex Realty, Ismail Gafoor.

"Mereka berasa para pemaju mungkin akan menaikkan harga projek-projek sedia ada seiring dengan harga projek baru pada tahun 2018," tambah beliau.

Propnex juga menyifatkan jualan pada bulan November sebagai "baik", memandangkan terdapat hanya satu projek baru yang dilancarkan, iaitu Parc Botannia. Projek itu menyumbang kepada 32.2 peratus unit yang dijual pada bulan lalu.

Termasuk EC, 933 unit sudah dijual pada bulan November, lebih rendah berbanding 971 yang dijual pada bulan sebelumnya.

Pada masa akan datang, jualan pada bulan Disember dan Januari mungkin perlahan disebabkan cuti sekolah dan kurangnya projek-projek utama yang dilancarkan, kata Encik Gafoor lagi.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan