Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet baru jatuh 58% pada April di tengah 'circuit breaker' COVID-19

Penjualan rumah privet baru pada bulan lalu menjunam 58 peratus berbanding Mac akibat sekatan "pemutus rantaian jangkitan", dengan para penganalisis meramalkan pasaran hartanah kekal suram pada Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet baru jatuh 58% pada April di tengah 'circuit breaker' COVID-19

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 15 May 2020 07:06PM Dikemas Kini : 15 May 2020 07:08PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru pada bulan lalu menjunam 58 peratus berbanding Mac akibat sekatan "pemutus rantaian jangkitan", dengan para penganalisis meramalkan pasaran hartanah kekal suram pada Mei.

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (15 Mei) menunjukkan pemaju hartanah menjual 277 unit - tidak termasuk kondominium eksekutif - bulan lalu, berbanding 660 unit yang dijual pada Mac.

Termasuk EC, 293 unit dijual pada April, iaitu merosot 67.6 berbanding Mac.

Jumlah itu adalah penjualan bulanan terendah dicatatkan sejak Disember 2014, menurut Cik Christine Sun, ketua kajian dan rundingan di OrangeTee.

Berbanding tahun lai, penjualan pemaju menjunam 62.4 peratus bagi 737 unit, tidak termasuk EC, yang dijual pada April 2019.

Secara keseluruhannya, pihak pemaju menawarkan 640 unit untuk dijual pada April, lonjakan 10.7 peratus berbanding Mac. Tiada projek EC dilancarkan pada April.

Secara keseluruhan pada April, 102 unit dijual di Kawasan Tengah Bandar (CCR). Sebanyak 77 dan 98 unit masing-masing dijual di Baki Kawasan Bandar (RCR) dan Luar Kawasan Tengah (OCR).

Pembangunan privet paling popular pada April adalah Kopar di Newton dengan 83 unit bertukar tangan, diikuti dengan Treasure di Tampines dan Riverfront Residences di Hougang masing-masing menjual 28 dan 17 unit.

"HARAPAN HANCUR" BAGI PEMULIHAN PANTAS

Kemerosotan pada April menandakan sikap pembelian secara hati-hati semasa pandemik COVID-19 dan sudah dijangkakan, menurut penganalisis hartanah Ong Kah Seng.

Beliau berkata pengumuman tempoh pemutus jangkitan dilanjutkan hingga 1 Jun "memusnahkan harapan pemulihan pantas (pasaran) dan melembabkan lagi sentimen ekonomi dan hartanah".

Namun, perangkaan rendah yang dicatat pada April "tidak serendah beberapa bulan pada 2008/09, yang mencatat penjualan rumah baru di bawah 200 unit akibat krisis kewangan global," kata Encik Ong Teck Hui, pengarah kanan kajian dan rundingan di JLL.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan