Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan rumah privet baru bulan Jun catat rekod dalam 6 tahun

Jualan rumah privet baru pada bulan lalu mencecah paras tertinggi dalam masa enam tahun dengan lebih ramai pembeli memilih kondominium pegangan kekal.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet baru bulan Jun catat rekod dalam 6 tahun

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 08:58PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 09:00PM

SINGAPURA: Jualan rumah privet baru pada bulan lalu mencecah paras tertinggi dalam masa enam tahun dengan lebih ramai pembeli memilih kondominium pegangan kekal.

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), para pemaju hartanah menjual 821 unit rumah pada Jun - bulan di mana penjualan lazimnya agak lembab kerana musim cuti sekolah.

Jumlah tersebut adalah pertambahan 25.5 peratus berbanding 654 unit yang dijual pada bulan sama tahun lalu. Ini meskipun jumlah projek yang dilancarkan merosot menurut perangkaan yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (15 Jul).

Jumlah itu juga yang tertinggi bagi Jun sejak 2013 di mana ketika itu 1,806 rumah dijual.

Bagaimanapun, berbanding bulan Mei, jualan rumah privet baru merosot 13.8 peratus.

Jualan yang lebih tinggi itu juga berjaya dicatatkan meskipun hanya terdapat bekalan baru yang sedikit untuk dipilih para pembeli.

Pada Jun, pemaju hartanah menawarkan 670 rumah baru untuk dijual, turun 51.9 peratus berbanding 1,394 unit yang ditawarkan pada Mei. Jumlah itu juga 7.7 peratus lebih kurang berbanding 726 rumah yang dilancarkan pada Jun tahun lepas.

Hanya empat projek baru yang dilancarkan bulan lalu - Sky Everton, Lattice One, Seraya Residences dan Sloane Residences - berbanding sembilan pada Mei. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan