Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan murah Singles Day raih hampir AS$21 bilion

Selepas berlangsung 18 jam, acara tahunan jualan murah e-dagang terbesar di dunia, Singles Day Sales, sudah meraih nilai jualan hampir AS$21 bilion (S$29 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Nov 2017 09:24PM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 10:14PM

AMERIKA SYARIKAT: Selepas berlangsung 18 jam, acara tahunan jualan murah e-dagang terbesar di dunia, Singles Day Sales, sudah meraih nilai jualan hampir AS$21 bilion (S$29 bilion).

Jualan murah 24 jam itu dianjurkan oleh syarikat e-dagang terkemuka, Alibaba.

Dalam masa hanya tiga minit dimulakan, nilai jualannya sudah mencapai lebih AS$1.5 bilion (S$2 bilion).

Kumpulan syarikat Citigroup menganggarkan Alibaba akan meraih sehingga AS$24 bilion (S$33 bilion) dalam jualan murah itu tahun ini.

Alibaba memulakan jualan mega di wadah online itu dalam tahun 2009 dan ia diadakan setiap 11 November.

Ia begitu popular sehingga dapat menandingi hasil jualan murah "Black Friday" di Amerika dan "Cyber Monday".

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan