Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan apartmen mewah S'pura cecah paras tertinggi dalam 11 tahun; dipacu permintaan pembeli China

Penjualan apartmen Singapura bernilai sekurang-kurangnya S$10 juta mencecah paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun, didorong oleh peningkatan pada permintaan jutawan warga China yang mencari perlindungan aset, menurut para perunding hartanah OrangeTee & Tie pada Jumaat (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan apartmen mewah S'pura cecah paras tertinggi dalam 11 tahun; dipacu permintaan pembeli China

Gambar fail kondominium di Singapura. (Gambar: Eileen Poh)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 08:18AM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 08:20AM

SINGAPURA: Penjualan apartmen Singapura bernilai sekurang-kurangnya S$10 juta mencecah paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun, didorong oleh peningkatan pada permintaan jutawan warga China yang mencari perlindungan aset, menurut para perunding hartanah OrangeTee & Tie pada Jumaat (20 Sep).

Para pelabur sejak sekian lama menyifatkan Singapura sebagai sebuah negara stabil yang berupaya memikat golongan kaya raya dari negara-negara kurang maju di Asia Tenggara serta para hartawan dari tanah besar China.

Dalam tempoh lapan bulan pertama 2019, 68 unit kondominium di Singapura dijual pada harga S$10 juta ke atas, paling tinggi sejak tempoh yang sama pada 2008.

Penjualan apartmen tersebut juga melebihi bilangan yang diperuntukkan setiap tahun dari 2011 hingga 2018, berdasarkan analisis data urus niaga para perunding.

Menurut seorang pakar OrangTee, sesetengah pembeli mungkin mencari alternatif untuk menyaingi hab kewangan Hong Kong, yang dilanda bantahan besar-besaran, sementara yang lain mungkin mengalihkan dana dari China selepas mata wang yuannya merosot dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Warga China membentuk jumlah terbesar pembeli warga asing bagi rumah-rumah mewah di Singapura.

Di kawasan-kawasan utama Singapura, warga China membeli 76 apartmen bernilai lebih S$5 juta bagi tempoh dari Januari hingga Ogos, berbanding 75 pembelian oleh rakyat termpatan. Ini berdasarkan data sehingga 19 September.

Apartmen mewah di kawasan kejiranan premium kebanyakannya dibeli oleh warga asing kerana pada harga yang tinggi seumpama itu, rakyat Singapura mempunyai pilihan untuk membeli hartaanah seperti banglo dan rumah agam.

Singapura tidak membenarkan warga asing membeli rumah berhalaman kecuali bagi yang dibangunkan di pulau peranginan Sentosa. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan