Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Johnson & Johnson tarik balik produk pelindung matahari Aveeno, Neutrogena

Johnson & Johnson (J&J) menyatakan pada Rabu (14 Jul) ia akan menarik balik secara sukarela lima produk aerosol pelindung matahari Neutrogena dan Aveeno daripada pasaran selepas mengesan kimia yang boleh menyebabkan penyakit barah pada sesetengah sampelnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Johnson & Johnson tarik balik produk pelindung matahari Aveeno, Neutrogena

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 15 Jul 2021 10:59AM Dikemas Kini : 15 Jul 2021 11:01AM

REUTERS: Johnson & Johnson (J&J) menyatakan pada Rabu (14 Jul) ia akan menarik balik secara sukarela lima produk aerosol pelindung matahari Neutrogena dan Aveeno daripada pasaran selepas mengesan kimia yang boleh menyebabkan penyakit barah pada sesetengah sampelnya.

Selepas ujian dalaman mengenal pasti paras rendah kandungan benzena pada sesetengah sampelnya, J&J memutuskan untuk menarik balik produk-produk tersebut daripada pasaran.

Benzena diklasifikasikan sebagai karsinogen manusia iaitu sejenis bahan yang berpotensi menyebabkan barah, bergantung kepada paras dan takat pendedahannya terhadap seseorang individu.

"Meskipun benzena bukanlah salah satu bahan dalam sebarang produk pelindung matahari kami, ia dikesan pada sesetengah sampel produk aerosol yang diuji," dedah syarikat itu.

"Pendedahan harian kepada kandungan benzena dalam produk-produk pelindung matahari pada paras yang dikesan dalam ujian kami tidak dijangka akan menyebabkan kesan kesihatan yang buruk."

Namun, syarikat itu menyatakan ia memutuskan untuk menarik balik kesemua produk itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Produk-produk pelindung matahari yang ditarik balik adalah Neutrogena Beach Defense, Neutrogena Cool Dry Sport, Neutrogena Invisible Daily defense, Neutrogena Ultra Sheer dan Aveeno Protect + Refresh.

Menurut J&J, para pengguna harus berhenti menggunakan produk yang terjejas dan membuangnya dengan betul.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan