Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jewel hilang kilauannya? Cawangan F&B lapor perniagaan merosot

Ada yang mendakwa bahawa perniagaan mereka semakin merosot. Ada pula yang berpendapat bahawa daya tarikan Jewel Lapangan Terbang Changi semasa baru dibuka sudah mula malap.

Anggaran Waktu Membaca:
Jewel hilang kilauannya? Cawangan F&B lapor perniagaan merosot

Jewel Lapangan Terbang Changi (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 20 May 2019 11:56AM Dikemas Kini : 20 May 2019 12:01PM

SINGAPURA: Ada yang mendakwa bahawa perniagaan mereka semakin merosot. Ada pula yang berpendapat bahawa daya tarikan Jewel Lapangan Terbang Changi semasa baru dibuka sudah mula malap.

Demikian respons daripada 12 cawangan makanan dan minuman (F&B) di keempat-empat terminal Lapangan Terbang Changi ketika ditinjau Mediacorp sebulan selepas Jewel membuka pintunya kepada orang ramai secara rasmi pada 17 April.

Jewel menempatkan 112 kedai F&B termasuk jenama yang dianggap baru oleh rakyat Singapura seperti Shake Shack yang menerima sambutan luar biasa.

Semasa tempoh previu selama enam hari, sekitar 500,000 pengunjung membanjiri Jewel - sebahagiannya pula melimpah ke terminal-terminal lain.

SUDAH TIADA LAGI KESAN TEMPIAS JEWEL

Meskipun perniagaan di Jewel masih laris, kebanyakan peniaga di luar kawasan Jewel berkata kesan tempias Jewel kini semakin berkurangan. Ada juga yang sudah mula merasakan persaingan sengit dari kedai-kedai di Jewel.

PappaMia di Terminal 1 menyatakan penjualan secara keseluruhannya merosot dengan "ketara" meskipun pada awalnya mendapat rangsangan semasa tempoh previu Jewel.

"PappaMia sudah berniaga hampir tujuh tahun di sini, namun ini pertama kali (perniagaan) begini teruk," kongsi pengarah operasi restoran itu Tai Ser Kiong.

Beliau percaya persaingan dari Jewel mungkin menjadi faktor, dengan pilihan makanan lebih banyak di sana menjadikannya lebih menarik berbanding Terminal 1.

FAKTOR RAMADAN?

Sesetengah restoran berpendapat bulan puasa mungkin menyebabkan perniagaan mereka lebih perlahan.

Pengurus restoran makanan halal Korea, Jinjja Chicken, Encik Eric Toh, berkata: "Kini perniagaan hampir sama seperti dahulu (sebelum pembukaan Jewel)."

Restoran Fish & Co di Terminal 2 turut terjejas bulan ini, kerana sekitar 70 peratus pelanggannya adalah Muslim.

Namun beliau mengambil keputusan untuk memanfaatkan waktu makan tengah hari yang kurang sibuk untuk melatih para pekerjanya.

BERJAUHAN DARI JEWEL...

Tidak seperti terminal-terminal lain, Terminal 4 tidak dihubungkan secara langsung dengan Jewel. Para pengunjung perlu menaiki bas ke Terminal 2 sebelum berjalan ke Jewel.

Bas ulang alik percuma dari Terminal 4 ke Jewel semasa pembukaannya merangsang perniagaan di Terminal 4.

Namun apabila khidmat percuma ini dihentikan, perniagaan di Terminal 4 dilaporkan turut merosot.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan