Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jetstar gantung penerbangan S'pura ke beberapa bandar China

Syarikat penerbangan Jetstar akan menggantung penerbangan antara Singapura ke beberapa bandar China, akibat permintaan yang berkurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jan 2020 10:13PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 10:21PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Jetstar akan menggantung penerbangan antara Singapura ke beberapa bandar China, akibat permintaan yang berkurangan.

Penerbangan terakhir ke bandar Hefei, Guiyang and Xuzhou adalah esok.

Semua penerbangan ke China yang terjejas berikutan larangan perjalanan akan terus digantung sehingga Mac depan.

Jetstar sekarang tidak menawarkan penerbangan ke Wuhan atau bandar-bandar di China yang dilarang sebarang pengangkutan awam.

Para penumpang yang terjejas akan dihubungi langsung oleh pihak syarikat.

Jetstar juga mengumumkan tidak lagi akan menawarkan penerbangan dari Singapura ke Hong Kong, kerana permintaan yang semakin merosot.

Penerbangan terakhir Jetstar ke Hong Kong adalah 28 Mac ini.

Sumber : CNA/AA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan