Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jetstar Asia lanjut tempoh gantung penerbangan sehingga 31 Mei

Jetstar Asia akan terus menggantung khidmat penerbangannya sehingga 31 Mei, umum syarikat penerbangan tambang murah itu pada Jumaat (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Jetstar Asia lanjut tempoh gantung penerbangan sehingga 31 Mei

Gambar fail pesawat Jetstar dipetik pada Mei 2014 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 01 May 2020 09:40PM Dikemas Kini : 01 May 2020 09:45PM

SINGAPURA: Jetstar Asia akan terus menggantung khidmat penerbangannya sehingga 31 Mei, umum syarikat penerbangan tambang murah itu pada Jumaat (1 Mei).

Keputusan itu diambil sedang sekatan perjalanan di seluruh rantau ini terus dilaksanakan dan Pemerintah Singapura melanjutkan langkah-langkah "circuit breaker" hingga 1 Jun, katanya.

Perkhidmatan Jetstar digantung sejak 23 Mac.

Perkhidmatan terhad ke Manila, Bangkok dan Kuala Lumpur untuk menghantar pulang rakyat dan penduduk tetap atau bagi mereka yang mempunyai kelulusan bertulis untuk terbang, disambung dari 21 April dan akan diteruskan.

Semua penumpang dengan tempahan sedia ada untuk perjalanan dari 19 Mei hingga 31 Mei akan ditawarkan pengembalian wang penuh dalam bentuk baucar kredit penerbangan.

Baucar kredit boleh ditebus sehingga nilai yang dinyatakan pada baucar dalam sekali tempahan saja dalam tempoh enam bulan sejak dikeluarkan, bagi perjalanan menaiki Jetstar selewat-lewatnya 12 bulan dari tarikh tempahan. Perbezaan tnilai ambang, jika ada, akan dikenakan.

Penerbangan antarabangsa dihentikan di tengah-tengah pandemik COVID-19, sedang negara-negara melaksanakan sekatan pergerakan dan perjalanan untuk membendung penularan penyakit tersebut.

Beberapa syarikat penerbangan sudah menggantung sebahagian besar atau kesemua khidmat penerbangan mereka, dan menyuruh kru kabin dan juruterbang mereka mengambil cuti.

Di Lapangan Terbang Changi, lalu lintas penumpang menjunam hampir 71 peratus pada Mac, manakala jumlah pendaratan dan keberangkatan pesawat turun sekitar 50 peratus.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan