Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jerman akan capai sasaran 1 juta kereta elektrik bulan ini

Sebanyak satu juta kereta elektrik akan digunakan di jalan-jalan raya Jerman dalam bulan Julai ini, enam bulan lewat daripada sasaran awalnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman akan capai sasaran 1 juta kereta elektrik bulan ini

Sebuah kereta elektrik di Jerman. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 02 Jul 2021 09:25AM Dikemas Kini : 02 Jul 2021 09:28AM

BERLIN: Sebanyak satu juta kereta elektrik akan digunakan di jalan-jalan raya Jerman dalam bulan Julai ini, enam bulan lewat daripada sasaran awalnya.

Menteri Ekonomi Peter Altmaier memberitahu akhbar Tagesspiegel pada Jumaat (2 Jul), sambil menambah bahawa program-program subsidi turut meningkatkan permintaan.

"Kami tetap akan mencapai sasaran satu juta kereta elektrik menjelang 2020 - yang sebelum ini semua orang anggap ia tidak boleh dicapai - dalam bulan Julai ini, hanya enam bulan lewat," menteri itu dipetik sebagai berkata.

"Lebih banyak bonus dimanfaatkan orang ramai pada separuh pertama 2021 berbanding sepanjang tahun yang lalu," kata beliau sambil menambah jumlah keseluruhan bonus itu mencecah 1.25 bilion euro (S$2 bilion).

Subsidi-subsidi ditambah semasa pandemik koronavirus.

Dalam pada itu, Encik Altmaier juga berkata Jerman mungkin menjangkaui matlamat jangka panjangnya iaitu untuk mencapai tujuh hingga 10 juta kenderaan elektrik di jalan-jalan raya negara itu.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan