Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jenama fesyen AS Abercrombie & Fitch tutup kedai di S'pura pada 2 Mei

Jenama pakaian kasual Amerika Syarikat Abercrombie & Fitch pada Isnin (19 April) mengumumkan bahawa ia akan menutup kedai fizikalnya di Singapura pada 2 Mei. Firma itu tiba di sini kurang sedekad lalu terpalit di tengah-tengah kontroversi.

Anggaran Waktu Membaca:
Jenama fesyen AS Abercrombie & Fitch tutup kedai di S'pura pada 2 Mei

(Petikan skrin: Google Street View)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 08:48PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 09:00PM

SINGAPURA: Jenama pakaian kasual Amerika Syarikat Abercrombie & Fitch pada Isnin (19 April) mengumumkan bahawa ia akan menutup kedai fizikalnya di Singapura pada 2 Mei. Firma itu tiba di sini kurang sedekad lalu terpalit di tengah-tengah kontroversi.

Dalam satu catatan Instagram, syarikat itu tidak menyatakan sebab di sebalik penutupan kedai itu, yang terletak di Knightsbridge Mall di Orchard Road.

Namun, catatan tersebut menarik perhatian pembeli ke aplikasi mudah alihnya, yang membolehkan mereka "berbelanja dari mana saja".

Ditubuhkan pada 1892 sebagai peruncit yang menjual alat memancing dan memburu, Abercrombie & Fitch dilancarkan di Singapura secara besar-besaran pada Disember 2011 dengan perarakan model lelaki tanpa baju.

Bahkan sebelum kedainya dibuka, jenama itu mencetus kontroversi dengan melanggar garis panduan kesopanan Penguasa Piawai Pengiklanan Singapura.

Iklannya di lokasi Knightsbridge yang sesak dengan orang lalu-lalang memaparkan seorang lelaki tanpa baju menarik seluar jeans yang melondeh, mencetus rasa tidak senang, dengan orang ramai menulis ke media tempatan mengadu tentang iklan yang dianggap lucah dan tidak senonoh. Iklan itu kemudian ditarik balik.

Abercrombie & Fitch adalah peruncit terkini yang menutup cawangan fizikal mereka di Singapura. Awal bulan ini, peruncit tempatan Naiise menutup cawangan fizikal terakhirnya di Jewel Lapangan Terbang Changi. 

Pada Oktober tahun lalu pula, peruncit ikonik Robinsons mengumumkan penutupan dua gedung terakhirnya di The Heeren dan Raffles City Shopping Centre. Hari operasi terakhirnya di Raffles City adalah pada Januari lalu.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan