Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

iSwitch ambil alih kontrak firma perusahaan, akaun keluarga bernilai S$15 juta dari ES Power

Peruncit elektrik mesra alam, ES Power, bakal memindahkan kesemua pengguna keluarga dan syarikat-syarikat perniagaannya - bernilai lebih S$15 juta bagi kontrak runcit elektrik - kepada iSwitch menjelang akhir bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
iSwitch ambil alih kontrak firma perusahaan, akaun keluarga bernilai S$15 juta dari ES Power

Para peruncit elektrik iSwitch dan ES Power mengumumkan kerjasama perniagaan elektrik runcit mereka apda 6 Jun 2019. (Gambar: ES Power/Facebook)

Diterbitkan : 07 Jun 2019 09:35AM Dikemas Kini : 07 Jun 2019 12:08PM

SINGAPURA: Peruncit elektrik mesra alam, ES Power, bakal memindahkan kesemua pengguna keluarga dan syarikat-syarikat perniagaannya - bernilai lebih S$15 juta bagi kontrak runcit elektrik - kepada iSwitch menjelang akhir bulan ini. Ia sebahagian daripada satu kerjasama di tengah-tengah persaingan sengit dalam pasaran tempatan.

Encik Quek Leng Chuang, Pengarah Urusan syarikat induk ES Power iaitu Environmental Solutions (Asia) (ESA) memberitahu Mediacorp pada Khamis (6 Jun): "Kami tidak akan menjual elektrik di Pasaran Elektrik Terbuka untuk lebih lama lagi."

"Kami bakal bekerjasama dengan iSwitch di mana mereka akan menjaga bekalan elektrik pelanggan sementara kami menjaga kepentingan alam sekitar," katanya.

iSwitch menyatakan para pelanggan ES Power sudahpun dimaklumkan tentang pemindahan itu.

Menurut kenyataan media iSwitch, proses pemindahan itu "hanya melibatkan hal pentadbiran dan dilakukan secara elektronik" supaya tidak ada gangguan pada bekalan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif iSwitch, Andrew Koscharsky, menambah: "Pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk menggantikan kontrak kepada yang baru bersama iSwitch pada kadar elektrik, terma dan syarat kontrak sedia ada yang sama atau kekal dengan ES Power. Bagi mereka yang memilih untuk kekal dengan ES Power, ES Power akan terus berkhidmat kepada para penggunanya yang diikat kontrak sehingga akhir kontrak."

iSwitch menyertai Pasaran Terbuka Elektrik - satu inisiatif untuk melonggarkan sepenuhnya pasaran tenaga runcit Singapura dan membolehkan penduduk untuk membeli kuasa tenaga daripada peruncit selain SP Services - sejak projek perintis itu dilancarkan di Jurong pada April lalu. Ia kini mempunyai kira-kira 70,000 akaun keluarga.

Pengambilalihan kontrak ES Power akan menjadikan iSwitch peruncit elektrik mesra alam terbesar di Singapura walaupun Encik Koscharsky enggan mengulas mengenai jumlah pelaburan syarikat itu untuk mendapatkan kontrak-kontrak tersebut.

ES Power, yang mendapat lesen untuk menjadi peruncit elektrik pada 2016 dan memasarkan dirinya sebagai peruncit kuasa mesra alam seperti elektrik neutral karbon, memasuki pasaran beberapa bulan semasa permulaan pelancaran bertahap-tahap Pasaran Terbuka Elektrik.

Pengunduran yang dirancang oleh ES Power, dikaitkan dengan cabaran kewangan, menyusuli pemberhentian Red Dot Power pada Januari lalu.

Memandangkan terdapat lebih 10 peruncit yang terlibat dalam Pasaran Elektrik Terbuka, pemerhati pasaran meramalkan persaingan sengit akhirnya akan membawa kepada penggabungan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang diumumkan pada Khamis, kedua-dua syarikat menyatakan mereka bakal mengadakan inisiatif pasaran gabungan untuk membantu menggalak kemampanan di Singapura. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan