Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Iraq sertai projek Jaluran Ekonomi Laluan Sutera

Iraq akan menyertai projek pelaburan prasarana diterajui China, Jaluran Ekonomi Laluan Sutera, menurut perdana menteri negara itu pada Isnin (23 Sep) di Beijing.

Anggaran Waktu Membaca:
Iraq sertai projek Jaluran Ekonomi Laluan Sutera

(Gambar: AFP/Lintao Zhang)

Diterbitkan : 24 Sep 2019 03:22PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 03:26PM

BEIJING: Iraq akan menyertai projek pelaburan prasarana diterajui China, Jaluran Ekonomi Laluan Sutera, menurut perdana menteri negara itu pada Isnin (23 Sep) di Beijing.

Encik Adel Abdel Mahdi membuat pengumuman tersebut dalam satu mesyuarat dengan Presiden China Xi Jinping semasa mengadakan satu lawatan negara.

"Iraq sudah melalui peperangan dan perang saudara dan menghargai sokongan China," kata Encik Mahdi dalam ucapan yang disiarkan di saluran media rasmi China, CCTV.

"Iraq bersedia untuk bekerjasama di bawah rangka kerja Jaluran Ekonomi Laluan Sutera," tambah beliau.

Encik Xi berkata kedua-dua negara akan bekerjasama bagi projek-projek minyak dan prasarana.

"China ingin membangunkan perkongsian strategik China-Iraq dari titik permulaan baru bersama-sama Iraq," kata Encik Xi.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, perdagangan antara China dengan Iraq tahun lalu dinilai melebihi AS$30 bilion (S$41.3 bilion).

Beijing adalah rakan dagangan terbesar Baghdad, manakala Iraq adalah pembekal minyak kedua terbesar China.

Daya usaha Jaluran Ekonomi Laluan Sutera adalah sebuah rangkaian global merangkumi pelabuhan, laluan kereta api, jalan raya dan taman perindustrian meliputi Asia, Afrika, Timur Tengah dan Eropah yang menarik pelaburan bernilai beberapa trilion dolar dalam prasarana baru.

Ia menerima kritikan kerana membebankan negara miskin dengan hutang yang banyak dan dicurigai Washington yang melihatnya sebagai usaha China untuk memperluaskan pengaruhnya di rantau itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan