Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ipos Go bantu syarikat daftarkan Cap Dagang dengan lebih mudah, pantas

Sesebuah syarikat kini boleh mendaftarkan Cap Dagang atau 'Trademark' di Singapura dengan cara lebih mudah dan pantas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2019 06:43PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 11:09PM

SINGAPURA: Sesebuah syarikat kini boleh mendaftarkan Cap Dagang atau 'Trademark' di Singapura dengan cara lebih mudah dan pantas.

Ia boleh dilakukan melalui sebuah aplikasi mudah alih yang dicipta Pejabat Hak Cipta Intellektual Singapura (IPOS).

Dipanggil Ipos Go, ia adalah aplikasi pendaftaran Cap Dagang yang pertama seumpamanya di dunia.

Mengisi borang untuk mendaftarkan Cap Dagang hanya mengambil masa kurang 10 minit menerusi aplikasi tersebut.

Pada masa ini, prosesnya mengambil masa kira-kira 45 minit sehingga satu jam.

Para pengguna aplikasi itu boleh mengetahui status pendaftaran atau dimaklumkan tentang perkembangannya atau mendaftar bagi pembaharuan Cap Dagang.

Aplikasi itu juga dapat membantu mengelakkan pendaftaran Cap Dagang yang hampir serupa dengan yang sudah ada. Ini memandangkan lebih 40 peratus Cap Dagang kini mengandungi imej.

Cap Dagang menjadi semakin penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan.

Maka itu, permohonan untuk mendapatkan Cap Dagang di Singapura melonjak 30 peratus dalam masa lima tahun lalu.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan