Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Integrasi digital penting untuk capai pertumbuhan ekonomi lebih tinggi: Chan Chun Sing

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata sedang ekonomi global menghampiri persimpangan antara integrasi dengan perpecahan, syarikat-syarikat mesti bersedia mengawal operasi mereka dan belajar untuk beroperasi di pelbagai blok ekonomi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Sep 2019 07:47PM Dikemas Kini : 30 Sep 2019 09:39PM

SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata sedang ekonomi global menghampiri persimpangan antara integrasi dengan perpecahan, syarikat-syarikat mesti bersedia mengawal operasi mereka dan belajar untuk beroperasi di pelbagai blok ekonomi.

Berucap di satu persidangan pendigitalan, Encik Chan mengulangi pentingnya integrasi digital untuk mencapai pertumbuhan ekonomi lebih tinggi.

Bagi memudahkan integrasi tersebut, Encik Chan berkata pemerintah sedang bekerjasama rapat dengan negara-negara lain untuk mewujudkan sekitaran perniagaan yang kondusif.

Langkah-langkah yang diambil termasuk memudahkan aliran data rentas sempadan, melaksanakan piawai yang diiktiraf antarabangsa serta membantu syarikat-syarikat teknologi tempatan meluaskan perniagaan menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat berbilang negara.

Sebuah pusat kajian amali ASEAN turut dilancarkan hari ini (30 Sep), yang berfungsi sebagai pusat bagi penyelidik untuk membangun dan menguji penyelesaian bagi rantaian bekalan. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan