Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Institusi kewangan bukan bank akan dapat akses FAST, PayNow

Mulai Februari tahun depan, institusi-institusi kewangan bukan bank yang layak akan mendapat akses langsung kepada khidmat bayaran runcit seperti Fast and Secure Transfers (FAST) dan PayNow.

Anggaran Waktu Membaca:
Institusi kewangan bukan bank akan dapat akses FAST, PayNow

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 01:56PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 01:58PM

SINGAPURA: Mulai Februari tahun depan, institusi-institusi kewangan bukan bank yang layak akan mendapat akses langsung kepada khidmat bayaran runcit seperti Fast and Secure Transfers (FAST) dan PayNow.

Ini akan membolehkan para pengguna untuk melakukan pemindahan dana masa nyata antara akaun bank dengan e-dompet dan juga pelbagai e-dompet, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu kenyataan media pada Isnin (30 Nov).

Buat masa ini, kebanyakan e-dompet memerlukan kad debit atau kad kredit untuk menokok dana. Pemindahan dana antara e-dompet juga tidak dibenarkan.

Syarikat-syarikat perniagaan yang menjalin kerjasama dengan mana-mana 23 bank yang menawarkan khidmat FAST atau sembilan bank yang menyediakan khidmat PayNow akan meraih manfaat daripada langkah itu.

E-dompet yang secara tradisi adalah "ekosistem tertutup" juga boleh menerima pembayaran masa nyata daripada para pengguna e-dompet aplikasi perbankan mudah alih yang menyertai FAST atau PayNow.

"Ini membolehkan syarikat-syarikat perniagaan untuk mengakses pasaran pengguna yang lebih besar berbanding sebelum ini untuk menerima bayaran elektronik dengan serta-merta dan dengan lebih lancar," menurut MAS.

Institusi-institusi yang layak harus dilesenkan sebagai institusi pembayaran utama di bawah Akta Khidmat Bayaran, juga akan dapat menghubungkan secara langsung menerusi gerbang bayaran Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang baru.

"Gerbang bayaran API ini lebih sesuai dengan seni bina teknologi bank dan institusi bukan bank, dan juga boleh digunakan oleh institusi bukan bank yang lain pada masa akan datang," menurut MAS.

Pengarah Urusan MAS Ravi Menon berkata akses secara langsung kepada FAST dan PayNow "menutup jurang peringkat akhir bagi laluan pembayaran elektronik Singapura".

"Para pengguna yang mungkin tidak mempunyai akses sedia ada kepada kad kredit atau debit untuk menampung e-dompet mereka kini mempunyai pilihan untuk berbuat demikian secara langsung melalui akaun bank mereka," kata Encik Menon.

Beliau menambah bahawa penggunaan pembayaran elektronik akan menjadikannya "lebih mudah" untuk para individu dan syarikat-syarikat perniagaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan