Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Instagram wajibkan pengguna kongsi tarikh ulang tahun bagi yang berusia bawah 13 tahun

Instagram akan mula mewajibkan para pengguna untuk mengesahkan tarikh ulang tahun mereka sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan ciri-ciri baru keselamatan bagi golongan muda, menurut aplikasi media sosial milik Facebook itu pada Isnin (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram wajibkan pengguna kongsi tarikh ulang tahun bagi yang berusia bawah 13 tahun

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 31 Aug 2021 08:57AM Dikemas Kini : 31 Aug 2021 09:00AM

NEW YORK: Instagram akan mula mewajibkan para pengguna untuk mengesahkan tarikh ulang tahun mereka sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan ciri-ciri baru keselamatan bagi golongan muda, menurut aplikasi media sosial milik Facebook itu pada Isnin (30 Ogos).

Instagram sedang meneroka usaha membangunkan versi aplikasi tersebut untuk kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

Namun, ia menyebabkan para penggubal dasar menggesa Facebook agar membatalkan rancangannya itu kerana syarikat media sosial tersebut "mempunyai sejarah yang jelas menunjukkan ia gagal melindungi kanak-kanak di platform-platformnya."

Instagram menyatakan dalam satu catatan blog bahawa ia akan menggunakan maklumat tersebut "untuk memastikan kami memberi pengalaman yang sesuai mengikut kumpulan usia." Bulan lalu, syarikat itu menyatakan ia akan menyediakan akaun privet secara automatik kepada para pengguna bawah usia 16 tahun apabila mereka menyertai platform tersebut.

Aplikasi tersebut juga menyatakan ia akan meminta para pengguna memberi tarikh ulang tahun mereka apabila membuka Instagram dan kemudian akan menghantar beberapa notifikasi jika pengguna tidak berbuat demikian.

Malah, sampai satu ketika pengguna tidak akan boleh terus menggunakan aplikasi tersebut sehingga mereka memberi tarikh ulang tahun mereka.

Perubahan-perubahan itu hanya akan menjejas pengguna Instagram yang sebelum ini belum mengongsi tarikh ulang tahun mereka dalam aplikasi tersebut.

Instagram menambah ia maklum bahawa sesetengah pengguna mungkin memberi tarikh ulang tahun palsu dan menyatakan ia sedang membangunkan teknologi baru untuk menangani isu sedemikian.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan