Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Instagram salahkan 'virus' atas perubahan rekaan yang dikecam ramai

Instagram menyatakan pada Khamis (28 Dis) bahawa pihaknya secara tidak sengaja melancarkan sebuah perubahan rekaan kepada jumlah para pengguna yang besar dan dengan cepat menamatkan ujian itu setelah menerima aduan daripada para penggunanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram salahkan 'virus' atas perubahan rekaan yang dikecam ramai

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 02:51PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 02:56PM

WASHINGTON: Instagram menyatakan pada Khamis (28 Dis) bahawa pihaknya secara tidak sengaja melancarkan sebuah perubahan rekaan kepada jumlah para pengguna yang besar dan dengan cepat menamatkan ujian itu setelah menerima aduan daripada para penggunanya.

Rekaan semula itu memerlukan para pengguna meleret secara mendatar sebalik menggunakan meleret dengan tegak untuk melihat catatan post mereka, sekali gus membingungkan para pengguna aplikasi itu, yang mempunyai lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Langkah tersebut mencetuskan aduan di Twitter di mana hastag #InstagramUpdate menjadi isu paling popular.

Encik Adam Mosseri, yang menerajui Instagram untuk Facebook, menulis satu catatan di Twitter bahawa rekaan baru itu adalah "satu ujian yang dilaksanakan terhadap lebih ramai pengguna daripada apa yang dirancang sebelum ini.

"Maaf kerana itu."

Instagram menyatakan kemudian bahawa ia sudah menghentikan rekaan semula itu dan menukar kembali kepada cara biasanya iaitu, meleret dari atas ke bawah.

"Disebabkan oleh satu virus, beberapa pengguna melihat perubahan itu di catatan post mereka hari ini," menurut satu pesanan Instagram yang dimuatnaikkan di Twitter.

"Kami menyelesaikan masalah itu dengan cepat dan semuanya seperti biasa. Kami memohon maaf atas sebarang kebingungan."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan