Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inovasi, kemampanan amat diperlukan bagi tangani perubahan iklim: Tharman

Inovasi dan kemampanan merupakan sesuatu yang amat diperlukan bagi menangani isu perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jul 2019 10:01PM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 10:10PM

SINGAPURA: Inovasi dan kemampanan merupakan sesuatu yang amat diperlukan bagi menangani isu perubahan iklim.

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam berkata inovasi seperti itu juga membolehkan negara-negara beralih ke arah pembangunan yang lebih mampan.

Syarikat biobahan api Finland membuat pelaburan lebih $2 bilion dolar di sebuah tapak baru terletak di Tuas.

Ia akan memperluaskan keupayaan pengeluaran produk-produk yang boleh diperbaharui di Singapura.

Pelaburannya itu bagi membina kemudahan yang baru tepat pada waktunya memandangkan ancaman terhadap perubahan iklim merupakan isu yang membelenggu dunia.

Singapura tidak akan terlepas daripada kesan perubahan iklim.

Pemerintah akur bahawa suhu dan paras laut semakin tinggi.

Malah, usaha menangani perubahan iklim kini menjadi keutamaan bagi Singapura.

Loji Singapura ini juga akan menyumbang kepada jumlah keseluruhan kapasiti produk-produk yang boleh diperbaharui di Singapura kepada hampir 4.5 juta tan setiap tahun pada tahun 2022 - satu peningkatan daripada 2.7 juta tan sekarang.

Syarikat itu sedang meninjau cara-cara membuat plastik dari sisa daripada menggunakan minyak.

Perluasan itu turut akan membuka lebih daripada 100 pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan