Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inflasi teras S'pura reda sedikit pada Jun namun kekal positif

Kemerosotan dalam kos barangan runcit serta barangan lain membantu mengurangkan inflasi teras Singapura, yang merosot kepada 0.6 peratus tahun ke tahun, daripada 0.8 peratus pada bulan Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Inflasi teras S'pura reda sedikit pada Jun namun kekal positif

Latar langit kawasan perniagaan di Singapura. (Foto: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 23 Jul 2021 07:42PM Dikemas Kini : 23 Jul 2021 07:45PM

SINGAPURA: Kemerosotan dalam kos barangan runcit serta barangan lain membantu mengurangkan inflasi teras Singapura.

Inflasi teras Singapura tidak termasuk pengangkutan privet dan penginapan.

Ia merosot 0.6 peratus tahun ke tahun,daripada 0.8 peratus pada bulan Mei.

Inflasi secara keseluruhannya atau Indeks Harga Pengguna (CPI) kekal tidak berubah pada 2.4 peratus tahun ke tahun.

Bank pusat menyatakan kemerosotan yang ketara dari segi kos barangan runcit serta barangan lain dapat diimbangi dengan kenaikan bagi kos pengangkutan privet dan penginapan.

Berdasarkan tempoh bulan ke bulan, inflasi teras merosot 0.2 peratus pada Jun sementara CPI kekal tidak berubah.

Inflasi sudah meningkat buat lima bulan berturut-turut.

Menurut para pakar, ia kemungkinan terus naik dengan lebih banyak permintaan dalam ekonomi yang sedang baik pulih.

Malah, menurut mereka, keadaan itu juga boleh membawa kepada matawang Singapura yang lebih kukuh untuk memastikan kuasa berbelanja terus mantap di tengah-tengah tekanan inflasi. 

Sumber : CNA/NF/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan