Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inflasi teras S'pura naik 0.2% pada Feb

Inflasi teras Singapura naik 0.2 peratus pada Februari berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Inflasi teras S'pura naik 0.2% pada Feb

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

SINGAPURA: Inflasi teras Singapura naik 0.2 peratus pada Februari berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Ia merupakan satu peningkatan berbanding penguncupan 0.2 peratus yang dialami pada bulan Januari.

Menurut kenyataan media Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa (23 Mac), peningkatan itu dipacu oleh kenaikan pada kos perkhidmatan dan inflasi makanan yang lebih tinggi.

Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi semua barangan meningkat, iaitu pada kadar 0.7 peratus pada Februari.

Ia didorong oleh inflasi pengangkutan privet lebih tinggi, di samping peningkatan inflasi teras.

Kos pengangkutan privet (4.2 peratus) juga kian meningkat menyusuli kenaikan harga kereta dan harga minyak yang turun pada rentak yang lebih perlahan.

Kos perkhidmatan (0.5 peratus) juga meningkat disebabkan oleh inflasi lebih tinggi bagi tuisyen dan yuran-yuran lain, serta kos khidmat pesakit luar yang merosot lebih perlahan.

Inflasi makanan (1.6 peratus) kian meningkat sedang harga makanan tidak dimasak mencatat kenaikan lebih mendadak manakala harga makanan yang disiapkan meningkat pada kadar setara dengan Januari.

Kos tenaga elektrik dan gas pula semakin merosot (-9.8 peratus) disebabkan oleh kenaikan harga gas yang lebih perlahan.

Inflasi penginapan (0.5 peratus) tidak berubah sedang sewa rumah terus meningkat pada rentak yang stabil.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan