Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inflasi teras S'pura merosot kepada 1.4% pada Mac

Inflasi teras Singapura merosot kepada 1.4 peratus pada Mac berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan berbanding 1.5 peratus pada bulan sebelumnya, menurut perangkaan yang dikeluarkan hari ini (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Inflasi teras S'pura merosot kepada 1.4% pada Mac

(Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 03:22PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 03:25PM

SINGAPURA: Inflasi teras Singapura merosot kepada 1.4 peratus pada Mac berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan berbanding 1.5 peratus pada bulan sebelumnya, menurut perangkaan yang dikeluarkan hari ini (23 Apr).

Kenaikan kecil pada harga barangan runcit serta bekalan elektrik dan gas lebih daripada mengimbangi peningkatan pada inflasi perkhidmatan dan makanan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan media.

Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi semua barang meningkat pada rentak lebih pantas iaitu 0.6 peratus pada bulan Mac berbanding 0.5 peratus pada Februari. Ia disebabkan oleh kemerosotan kecil pada kos pengangkutan darat privet dan penginapan dari tahun ke tahun, menurut kenyataan media itu.

Kos keseluruhan barangan runcit naik 0.1 peratus pada Mac berbanding tempoh yang sama tahun lalu, namun susut berbanding peningkatan 1.1 peratus pada Februari. Ini disebabkan oleh kemerosotan pada kos barangan keperluan rumah yang berupaya tahan lama, di samping kenaikan kecil pada harga pakaian, kasut dan produk dandanan peribadi.

Sementara itu, harga inflasi makanan naik sedikit kepada 1.6 peratus pada Mac berbanding 1.4 peratus pada Februari, disebabkan oleh harga makanan yang sudah disiap masak dan barangan makanan tidak dimasak yang naik pada rentak lebih pantas.

Inflasi lebih tinggi bagi perbelanjaan pelancongan dan penurunan kecil pada yuran khidmat telekomunikasi menyumbang kepada peningkatan pada inflasi perkhidmatan, yang naik kepada 1.7 peratus pada Mac berbanding 1.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Kemerosotan secara bertahap-tahap pada harga kereta dan kenaikan pada harga minyak menyumbang kepada kemerosotan kecil pada kos pengangkutan, iaitu 0.9 peratus. Ia mengalami kemerostoan 2.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Sumber-sumber luar inflasi pada tahun ini "mungkin tidak begitu ketara kerana harga minyak sejagat dijangka lebih rendah pada tahun ini berbanding keseluruhan tahun lalu, manakala harga makanan secara purata hanya akan meningkat sedikit."

"Dari segi domestik, keadaan pasaran buruh kekal teguh dan akan menyokong kenaikan gaji yang moderat supaya kos buruh unit dapat terus meningkat," menurutnya.

Pihak berkuasa juga sudah menyemak semula ramalan Inflasi Teras MAS kepada satu hingga dua peratus pada 2019, berbanding pertumbuhan 1.5 hingga 2.5 peratus sebelum ini bagi mencerminkan kemerosotan pada harga minyak pada lewat tahun lalu serta "kemerosotan yang lebih ketara pada harga belakan elektrik" menyusuli pelancaran OEM.

"Sementara itu, inflasi CPI bagi semua barang secara purata dijangka antara 0.5 hingga 1.5 peratus pada 2019. Kos pengangkutan darat privet diramalkan tidak berubah berbanding 2018, manakala kos penginapan mungkin merosot pada rentak lebih perlahan pada tahun ini."

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan