Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inflasi teras S'pura kekal di bawah sifar peratus pada Sep

Inflasi teras Singapura terus menguncup pada bulan September, namun pada kadar lebih rendah. Ia susut kepada -0.1 peratus berbanding -0.3 peratus pada bulan Ogos. 

Anggaran Waktu Membaca:
Inflasi teras S'pura kekal di bawah sifar peratus pada Sep

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 23 Oct 2020 07:06PM Dikemas Kini : 23 Oct 2020 07:10PM

SINGAPURA: Inflasi teras Singapura terus menguncup pada bulan September, namun pada kadar lebih rendah. Ia susut kepada -0.1 peratus berbanding -0.3 peratus pada bulan Ogos.

Penguncupan tersebut disebabkan oleh kemerosotan lebih perlahan dalam kos perkhidmatan, elektrik, gas dan pengangkutan privet.

Kos pengangkutan privet pada September susut 0.1 peratus berbanding kemerosotan 2.3 peratus dalam bulan Ogos.

Inflasi keseluruhan pula yang meliputi pengangkutan privet dan awam mendatar sedang harga kerana meningkat.

Harga lebih tinggi juga disaksikan dalam perkhidmatan telekomunikasi yang menyumbang kepada kenaikan pada inflasi perkhidmatan.

Harga runcit dan barangan lain tetap tidak berubah kerana kenaikan barangan keperluan rumah diimbangi dengan penurunan harga pakaian serta kasut.

Inflasi makanan pula kekal tidak berubah pada 1.8 peratus sedang harga makanan tidak dimasak dan perkhidmatan makanan naik pada rentak yang sama berbanding Ogos.

Pihak berkuasa menyatakan inflasi luaran kemungkinan kekal rendah di tengah-tengah permintaan yang lemah.

Inflasi teras bagaimanapun mungkin meningkat pada tahun depan sedang permintaan bagi khidmat domestik kembali pulih.

Pengurangan dalam bekalan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta juga dijangka menaikkan kos pengangkutan privet. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan