Images
  • sg skyline
    (Gambar hiasan: Roslan Rahman/AFP)

Inflasi S'pura susut ke 0.4% pada Oktober

SINGAPURA: Kemerosotan harga elektrik dan gas serta rentak perlahan pertumbuhan harga perkhidmatan, menyebabkan inflasi keseluruhan Singapura (CPI-Semua Barangan) susut sedikit kepada 0.4 peratus pada Oktober, berbanding 0.5 peratus pada September.

Inflasi teras - yang mengecualikan harga pengangkutan darat privet dan penginapan - juga merosot kepada 0.6 peratus pada Oktober berbanding 0.7 peratus yang dicatatkan pada September.

Kemerosotan itu berlaku di tengah-tengah harga elektrik dan gas yang menjunam 12.5 peratus pada Oktorber, menurut satu kenyataan bersama oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdangangan dan Perusahaan (MTI). Kemerosotan ini lebih mendalam berbanding kemerosotan 8.3 peratus yang dicatat pada September.

Ia sebahagian besarnya akibat tarif elektrik lebih rendah serta kesan melemahkan harga elektrik menyusuli pelancaran seluruh negara Pasaran Terbuka Elektrik (OEM), menurut MAS dan MTI lagi.

Inflasi perkhidmatan susut kepada 1.2 peratus bagi tempoh setahun pada Oktober, berbanding 1.4 peratus pada September. Ini mencerminkan pertumbuhan pada rentak lebih perlahan pada perbelanjaan percutian, selain yuran khidmat pendidikan, perubatan dan pergigian, menurut pihak berkuasa.

Kos barangan runcit susut 0.8 peratus bagi tempoh setahun pada Oktober, iaitu kadar sama yang dicatatkan pada September.

- CNA/TQ/tq

Top