Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inflasi di S'pura naik kepada 0.4% pada Mei

Kadar inflasi tegar Singapura naik kepada 0.4 peratus pada bulan Mei berbanding 0.1 peratus yang dicatatkan pada April, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Inflasi di S'pura naik kepada 0.4% pada Mei

(Gambar fail: Thomas White/ Reuters)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 03:27PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 02:36AM

SINGAPURA: Kadar inflasi tegar Singapura naik kepada 0.4 peratus pada bulan Mei berbanding 0.1 peratus yang dicatatkan pada April, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini (25 Jun).

Kenaikan itu sebahagian besarnya disebabkan harga yang meningkat lebih cepat bagi semua kategori utama.

Kos pengangkutan darat privet naik 0.1 peratus pada bulan Mei, berbanding penguncupan 0.8 peratus pada bulan sebelumnya.

Ini disebabkan kenaikan harga minyak pada kadar lebih cepat, serta penurunan harga kereta yang lebih kecil pada tahun lalu menyusuli premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) yang lebih tinggi.

Inflasi perkhidmatan naik dari 1.3 peratus pada April kepada 1.6 peratus pada Mei disebabkan permintaan lebih tinggi bagi percutian dan tiket pesawat serta bayaran perkhidmatan telekomunikasi lebih rendah berbanding setahun lalu.

Kos keseluruhan barangan runcit pula mencatat kenaikan 1.3 peratus pada Mei berbanding 0.9 peratus pada bulan sebelumnya, sementara kadar inflasi makanan susut sedikit dari 1.4 peratus pada April kepada 1.3 peratus pada Mei.

Kos penginapan jatuh 3.2 peratus pada Mei, jatuh sedikit berbanding 3.6 peratus pada April. Ini cerminan kenaikan lebih tinggi kos penyenggaraan perumahan dan kerja pembaikan pada tahun lalu, serta kadar sewa rumah yang jatuh lebih perlahan.

Inflasi teras yang mengecualikan kos penginapan dan pengangkutan darat privet, naik kepada 1.5 peratus pada Mei berbanding 1.3 peratus pada bulan April, disebabkan inflasi perkhidmatan dan runcit lebih tinggi.

Kedua-dua agensi pemerintah menyatakan bahawa inflasi teras dijangka meningkat secara bertahap-tahap sepanjang 2018, antara 1 dengan 2 peratus, sekiranya keadaan ekonomi berubah seperti yang diramalkan.

Pada masa yang sama, inflasi tegar diramalkan antara 0 peratus dengan 1 peratus bagi seluruh tahun ini.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan