Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indonesia buka pejabat pelancongan di One Fullerton; jadikan S'pura sebagai hab pelancong

Kementerian Parawisata Indonesia membuka sebuah pejabat pelancongan di Singapura dalam usaha memacu sektor pelancongannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia buka pejabat pelancongan di One Fullerton; jadikan S'pura sebagai hab pelancong

Gambar fail Menteri Pariwisata Indonesia Arief Yahya. (Gambar: Merdeka.com)

SINGAPURA: Kementerian Parawisata Indonesia membuka sebuah pejabat pelancongan di Singapura dalam usaha memacu sektor pelancongannya.

Sempena perasmian pejabat tersebut, Menteri Pariwisata Indonesia Arief Yahya akan mengadakan lawatan dua hari ke Singapura.

Dalam kenyataannya, kementerian itu menyifatkan Singapura sebagai negara jiran yang berpotensi menjadi sebuah hab bagi para pelancong untuk membuat persinggahan.

Di samping itu, Singapura berada di kedudukan yang "sangat strategik" kerana ia juga sebuah hab pengangkutan di mana terdapat 7,200 penerbangan setiap minggu di Lapangan Terbang Changi yang membawa 62 juta pelancong.

Maka itu, menurut kementerian itu lagi, ia bermatlamat menguruskan Singapura sebagai Hab Pelancongan bagi Indonesia yang menyasarkan untuk memikat 20 juta pelancong menjelang hujung tahun depan.

Dari Singapura sahaja, ia berharap dapat menarik sekitar 11 juta pelancong asing. Kementerian itu percaya, ia akan menjadi satu strategi yang berkesan bagi menyumbang kepada sehingga 36 peratus jumlah pelancong asing yang disasarkan.

Antara matlamat lain bagi pembukaan pejabat pelancongan yang terletak di One Fullerton Road itu semestinya adalah bagi menyediakan khidmat dan memenuhi keperluan para pelancong dari Singapura.

Di pejabat itu jugalah perbincangan dan interaksi akan diadakan bagi syarikat-syarikat penerbangan, pihak lapangan terbang, rakan-rakan strategik dan media.

Dr Arief Yahya juga mengadakan lawatan ke Singapura sempena pemeteraian kerjasama Kementerian Pengangkutan Republik Indonesia dengan platform-platform digital - iaitu Grab dan Traveloka.

Kerjasama itu bagi menarik lebih ramai pelancong dari pasaran ASEAN dan dijangka bakal menjadi satu sinergi yang membantu mempromosikan '10 Bali Baru' di bawah program kementerian berkenaan.

Dr Arief turut akan menerima satu anugerah Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO). Beliau dijangka membentangkan satu video tentang persedian Indonesia menjadi tuan rumah Sidang AFEO ke-37 pada tahun depan, dalam majlis penganugerahan itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan