Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indonesia, AS meterai perjanjian perkukuh pendanaan prasarana

Cik Puspasari menambah bahawa perjanjian itu akan memperbaiki kemampuan mengitar aset, penilaian kesan kewangan yang diberikan dan peningkatan kredit.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia, AS meterai perjanjian perkukuh pendanaan prasarana

Gambar fail Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati. (Gambar: REUTERS/Kham)

Diterbitkan : 19 Sep 2020 05:52PM Dikemas Kini : 19 Sep 2020 05:54PM

JAKARTA: Indonesia memeterai perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan pendanaan prasarana melalui pelaburan sektor privet, menurut Kementerian Kewangan Indonesia dan Jabatan Perbendaharaan Amerika pada Jumaat (18 Sep).

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Steven Mnuchin memeterai perjanjian itu dengan Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati semalam di satu acara tertutup, menurut kenyataan laman Jabatan Perbendaharaan Amerika.

Cik Rahayu Puspasari, jurucakap bagi Kementerian Kewangan Indonesia, menyebut dalam satu kenyataan berasingan bahawa perjanjian itu akan meningkatkan pembangunan pasaran modal dan instrumen kewangan untuk "memudahkan dan mengurangkan hambatan bagi pelaburan sektor privet dalam bidang prasarana".

Cik Puspasari menambah bahawa perjanjian itu akan memperbaiki kemampuan mengitar aset, penilaian kesan kewangan yang diberikan dan peningkatan kredit.

"Perjanjian itu akan menyokong Strategi Pemerintah Amerika Indo-Pasifik yang lebih meluas dengan melengkapkan usaha sedia ada di bawah Peningkatan Pembangunan dan Pertumbuhan melalui Tenaga (Asia EDGE) dan Rangkaian Transkasi dan Sokongan Prasarana (ITAN)," jelas Jabatan Perbendaharaan Amerika.

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan