Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

India tidak lama lagi bakal jadi ekonomi ke-5 terbesar dunia

India dijangka menjadi ekonomi kelima terbesar dunia ‘dalam tempoh terdekat’ berbanding tempat ketujuh, kata Menteri Kewangannya Arun Jaitley.

Anggaran Waktu Membaca:
India tidak lama lagi bakal jadi ekonomi ke-5 terbesar dunia

Bangunan parlimen di India. (Gambar: Prakash Singh/ AFP)

Diterbitkan : 01 Feb 2018 11:25PM Dikemas Kini : 01 Feb 2018 11:27PM

NEW DELHI: India dijangka menjadi ekonomi kelima terbesar dunia ‘dalam tempoh terdekat’ berbanding tempat ketujuh, kata Menteri Kewangannya Arun Jaitley.

Ketika membentangkan belanjawan negara bagi kewangan 2018-19 pada Khamis (1 Feb), beliau mengumumkan saiz ekonomi India sebanyak AS$2.5 trilion (S$3.28 juta).

India dijangka tumbuh tujuh hingga 7.5 peratus pada tahun fiskal April-Mac, berdasarkan unjuran rasmi.

Encik Jaitley berkata pada separuh kedua tahun kewangan semasa 2017-18, kadar pertumbuhan dijangkakan antara 7.2 peratus dan 7.5 peratus.

"India mencapai pertumbuhan purata sebanyak 7.5 peratus dalam tiga tahun pertama pemerintah sedia ada, ekonomi India kini bernilai 2.5 trilion dolar - ketujuh terbesar di dunia. India dijangka menjadi ekonomi kelima terbesar tidak lama lagi," katanya.

Pemerintah mengkaji semula defisit fiskal bagi tahun kewangan 2017-2018 kepada AS$93.4 bilion (S$122.6 bilion) pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Defisit fiskal untuk 2018-2019 diunjur 3.3 peratus daripada KDNK.

Pemerintah yang diketuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mengumumkan beberapa cadangan untuk pertumbuhan infrastruktur selain bagi menarik pengundi luar bandar, sebelum pilihan raya umum tahun depan.

Antara cadangan utama ialah menyediakan insurans kesihatan kepada 100 juta keluarga miskin dengan menampung perbelanjaan perubatan sehingga 500,000 rupee (S$10,250) setiap isi rumah bagi rawatan.

Bagaimanapun, bajet itu dikritik golongan kelas menengah India yang mengharapkan pelepasan cukai pendapatan.

“Pemerintah membuat banyak perubahan positif dalam kadar cukai pendapatan peribadi untuk individu sejak tiga tahun lepas. Oleh itu saya tidak mencadangkan sebarang perubahan dalam struktur kadar cukai pendapatan individu," kata Encik Jaitley.

Perbelanjaan untuk infrastruktur bagi 2018-19 meningkat kepada 5.97 trilion rupee (S$12 bilion) berbanding anggaran perbelanjaan 4.94 trilion rupee (S$10 bilion) pada 2017-18.

Beliau berkata keperluan pelaburan infrastruktur India melibatkan kira-kira US$785 bilion (S$1,030) bagi meningkatkan pertumbuhan KDNK, menyambung dan mengintegrasikan negara dengan rangkaian jalan, lapangan terbang, kereta api, pelabuhan dan saluran air pedalaman dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan