Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indeks Syariah FTSE ST S'pura dilancarkan, pantau syarikat patuh Syariah

Indeks Syariah FTSE ST Singapura dilancarkan hari ini (5 Okt) oleh FTSE Russell.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Oct 2018 09:29PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 09:33PM

SINGAPURA: Indeks Syariah FTSE ST Singapura dilancarkan hari ini (5 Okt) oleh FTSE Russell.

Ia merupakan indeks pertama yang memantau syarikat-syarikat patuh Syariah yang disenaraikan dalam bursa Singapura.

Indeks itu dilancarkan dengan 48 unsur.

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam kegiatan tidak patuh Syariah seperti perbankan bukan Islam, pengeluaran makanan tidak halal atau arak akan dikeluarkan terus.

Syarikat-syarikat lain pula akan disaring untuk memastikan ia memenuhi nisbah kewangan tertentu.

Yasaar Limited, sebuah pertubuhan yang mempunyai rangkaian global pakar Syariah, akan menjalankan saringan secara bebas.

Indeks Syariah FTSE ST Singapura hanya akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat yang berada dalam senarai SGX sahaja.

Pada tahun lalu, industri perbankan dan kewangan Islam global berkembang mencapai nilai aset lebih AS$2 trilion (S$2.76 trilion). 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan