Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indeks SME OCBC berkembang buat kali pertama sejak pemutus jangkitan

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) sedang menunjukkan tanda pemulihan yang sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Indeks SME OCBC berkembang buat kali pertama sejak pemutus jangkitan

Logo OCBC di salah satu cawangannya di Singapura. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 05 May 2021 05:32PM Dikemas Kini : 05 May 2021 05:35PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) sedang menunjukkan tanda pemulihan yang sihat.

Indeks SME OCBC menunjukkan aliran tunai kembali ke paras pra-COVID-19 pada suku pertama tahun ini.

Indeks itu meliputi 100 ribu perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang mengukur keadaan perniagaan dan prestasi masing-masing.

Pada suku pertama, indeks itu naik kepada 51.2 mata berbanding 49.1 mata pada suku sebelumnya. Bacaan melebihi 50 mata menunjukkan perkembangan.

Ia adalah perkembangan pertama sejak langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 tahun lalu.

Pertumbuhan tiga suku berturut-turut dicatatkan sejak kemuncak pandemik itu.

Meskipun langkah sekatan COVID-19 diperketat diumumkan pada Selasa (4 Mei), OCBC menjangkakan indeks SME tetap kekal positif pada suku seterusnya.

Sumber : CNA/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan