Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indeks kepuasan pengguna bagi semua sektor catat kemajuan pada 2019

Indeks kepuasan pengguna di Singapura bertambah baik di kebanyakan sektor tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indeks kepuasan pengguna bagi semua sektor catat kemajuan pada 2019

(Gambar: Nabilah Awang)

Diterbitkan : 25 Mar 2020 09:05PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 11:50PM

SINGAPURA: Indeks kepuasan pengguna di Singapura bertambah baik di kebanyakan sektor tahun lalu.

Dapatan satu kajian yang dijalankan oleh Insitut Khidmat Cemerlang di SMU menunjukkan indeks nasional mencecah rekod 13 tahun dengan 74.3 mata.

Institut itu menyatakan sektor makanan dan minuman mendahului penambahbaikan dalam tahap kepuasan nasional.

Seterusnya adalah sektor-sektor seperti infokom, runcit, kewangan dan insurans, penjagaan kesihatan dan pelancongan.

Lebih 40 peratus responden melahirkan keinginan mereka untuk mencuba bank-bank digital.

Meskipun mereka menunjukkan tahap kesetiaan yang lebih tinggi kepada bank-bank sedia ada, mereka juga lebih terbuka kepada bank-bank seperti khidmat kad kredit dan pinjaman.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan