Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

IMF hulur bantuan AS$5.2b kepada Mesir

 Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat (26 Jun) meluluskan pakej bantuan bernilai AS$5.2 bilion (S$7.25 bilion) untuk membantu Mesir menangani kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonominya.

Anggaran Waktu Membaca:
IMF hulur bantuan AS$5.2b kepada Mesir

Logo Tabung Kewangan Antarabangsa. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 03:22PM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 03:23PM

WASHINGTON: Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat (26 Jun) meluluskan pakej bantuan bernilai AS$5.2 bilion (S$7.25 bilion) untuk membantu Mesir menangani kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonominya.

Bantuan itu adalah tambahan kepada dana AS$2.8 bilion (S$3.9 bilion) yang diluluskan oleh Lembaga IMF sebulan lalu, walaupun ketika itu para pegawai akur bahawa lebih banyak bantuan diperlukan.

Menurut IMF, Kaherah mempunyai 'rekod prestasi yang kukuh' dalam melaksanakan penyusunan semula ekonomi di bawah program yang disokong empat tahun lalu dan pinjaman baru itu akan membantu negara berkenaan bangkit daripada pandemik tersebut.

"Mesir adalah salah satu pasaran yang tumbuh paling pesat sebelum wabak COVID-19.

"Bagaimanapun, gangguan secara besar-besaran pada peringkat global dan domestik akibat pandemik itu telah menjejas prospek ekonomi Mesir yang kini terpaksa mengubah keutamaannya," menurut IMF dalam kenyataannya.

Bantuan itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan kesihatan dan sosial terlebih dahulu, selain memantapkan kedudukan kewangan dan mengawal inflasi.

Dana tersebut juga akan membuka peluang kepada para pemiutang untuk membantu mewujudkan pekerjaan di Mesir.

Mesir melaporkan lebih 2,500 kematian akibat jangkitan COVID-19 dan lebih 61,000 kes jangkitan di negara itu, menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan