Images
  • tuaspring
    Loji Bersepadu Air dan Janakuasa Tuaspring. (Gambar: Hyflux)

Hyflux terbitkan senarai FAQ bantu pelabur dalam proses tuntutan

SINGAPURA: Hyflux hari ini (5 Feb) menerbitkan satu siri soal jawab yang biasanya diajukan di laman web syarikat itu, dalam usahanya untuk membantu para pelabur mengemukakan bukti dalam proses tuntutan mereka.

Pada Jumaat (1 Feb), syarikat rawatan air itu menyatakan bahawa para pemiutang perlu memfailkan bukti tuntutan mereka sebelum 5.00 petang pada 15 Feb. Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa kekeliruan dan kebimbangan para pemegang saham minoritinya.

Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan termasuk apa yang bakal terjadi jika pelabur tidak memfailkan bukti tuntutan dan cara-cara untuk melakukannya.

Hyflux menjelaskan pihak yang perlu memfailkan bukti tuntutan tetapi tidak melakukannya sebelum tarikh yang ditetapkan, tidak boleh mengundi dalam mesyuarat skimnya dan mungkin juga tidak berhak menerima sebarang pembayaran.

Sesetengah pelabur melahirkan rasa kecewa mengenai tempoh singkat yang diumumkan itu.  

- CNA/NU/aq

Top