Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hyflux minta tempoh 3 bulan untuk laksana rancangan baru

Syarikat rawatan air Hyflux yang mengalami masalah beban hutang memohon supaya masa tambahan selama tiga bulan diberikan oleh pihak pemiutang, sedang syarikat itu mengatur satu lagi pelan bagi mengelak pembubaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyflux minta tempoh 3 bulan untuk laksana rancangan baru

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 09:41PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 09:43PM

SINGAPURA: Syarikat rawatan air Hyflux yang mengalami masalah beban hutang memohon supaya masa tambahan selama tiga bulan diberikan oleh pihak pemiutang, sedang syarikat itu mengatur satu lagi pelan bagi mengelak pembubaran.

Demikian menurut Presiden Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) David Gerald pada Isnin (22 Apr) selepas mesyuarat tertutup dengan pengasas-CEO Olivia Lum, para pengarah dan peguam dari syarikat WongPartnership.

Mesyuarat yang diusul oleh SIAS untuk mendengar rancangan seterusnya Hyflux selepas pembatalan satu perjanjian dengan SM Investments bulan lalu, disifatkan Encik Gerald sebagai "membuahkan hasil".

Menurut beliau lagi, rancangan Hyflux yang "memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan" untuk dilaksanakan, akan membawa "kemenangan" bagi 34,000 pemegang sekuriti panjang dan saham utama syarikat itu kerana terdapat peluang nilai pegangan mereka tidak dipotong

Bagaimanapun, beliau memohon semua pihak supaya bersabar dan memberi Hyflux masa untuk mencari jalan keluar daripada dibubarkan.

Permohonan bagi masa tambahan itu akan didengar di sidang pengurusan kes yang dijadualkan Khamis, 25 April ini.

Hyflux diarah untuk melakukan proses penyusunan semula syarikat sejak Mei tahun lalu dan telah meminta penangguhan dua kali sebelum ini.

Ini merupakan permohonan ketiga Hyflux dalam usaha meminta masa tangguhan untuk menangani masalah beban hutangnya.

Sumber : CNA/MM/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan