Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hyflux diberi hingga 25 Apr mohon mahkamah lanjutkan penangguhan bayaran hutang

Syarikat rawatan air Hyflux yang bermasalah diberikan masa sehingga 25 April untuk meminta mahkamah supaya melanjutkan permohonan penangguhan bayaran hutang kepada para pemiutangnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyflux diberi hingga 25 Apr mohon mahkamah lanjutkan penangguhan bayaran hutang

Tuaspring perlu membekalkan sehingga 70 juta gelen air yang disuling setiap hari kepada PUB bagi tempoh 25 tahun, iaitu dari 2013 hingga 2038. (Gambar: Hyflux)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 11:19PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 11:21PM

SINGAPURA: Syarikat rawatan air Hyflux yang bermasalah diberikan masa sehingga 25 April untuk meminta mahkamah supaya melanjutkan permohonan penangguhan bayaran hutang kepada para pemiutangnya.

Dalam satu sidang pengurusan kes hari ini (11 April), hakim Aedit Abdullah menarik perhatian kepada satu emel yang diterimanya daripada seorang pelabur yang melahirkan rasa kurang yakin terhadap pelan penyusunan semula yang dirancangkan.

Hyflux, menurut pelabur tersebut, tidak harus dibenarkan melanjutkan permohonan penangguhan bayaran hutang.

Meskipun Hyflux belum memutuskan sama ada akan melanjutkan permohonan penangguhan bayaran hutang itu, yang akan tamat pada 30 April ini, peguamnya memberitahu mahkamah, "semua pilihan sedia terbuka" dan syarikat tersebut akan berbincang dengan semua kumpulan kanan.

Peguam Hyflux menambah, adalah terlalu awal untuk mengulas mengenai kemungkinan satu perjanjian bagi menyelamatkan syarikat tersebut.

Sidang pengurusan kes Hyflux seterusnya dijadualkan pada 25 April ini.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan