Images
  • huawei (1)
    Gambar fail. (Gambar: Kacper Pempel/AFP)

Huawei rancang pemberhentian pekerja meluas di operasi Amerika Syarikat

REUTERS: Huawei Technologies Co Ltd sedang merancang pemberhentian kerja meluas di Amerika Syarikat sedang syarikat peralatan telekomunikasi Cina itu bergelut dengan isu penyenaraian hitam oleh AS. Demikian lapor Wall Street Journal (WSJ), menukil beberapa individu yang mengetahui perkara tersebut.

Menurut WSJ, pemberhentian kerja itu dijangka menjejas pekerjaan di anak syarikat kajian dan pengembangan Huawei, Futurewei - berpangkalan di AS, yang menggajikan kira-kira 850 orang di makmal penyelidikan merentasi AS.

Pemberhentian kerja itu mungkin melibatkan ratusan orang, menurut seorang sumber kepada WSJ. Para pekerja Huawai di AS diberi pilihan untuk pulang negeri atau kekal bersama syarikat tersebut, tambah seorang lagi sumber.

Minggu lalu, Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross berkata bahawa pemerintah AS akan mengeluarkan lesen kepada syarikat-syarikat yang ingin menjual barangan kepada Huawei, yang disenaraihitamkan, jika ia tidak mempunyai sebarang ancaman kepada keselamatan negara.

Huawei tidak memberikan sebarang respons ketika ia diminta mengulas tentang keadaan.  

- REUTERS/FZ/fz

Top