Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

HSBC, Temasek lancar wadah biaya pinjaman bagi prasarana mampan

HSBC Holdings dan pelabur negara Temasek berganding bahu untuk membangunkan sebuah wadah pembiayaan pinjaman bagi projek prasarana mampan dengan fokus awal ditumpukan kepada Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
HSBC, Temasek lancar wadah biaya pinjaman bagi prasarana mampan

Gambar fail logo HSBC di sebuah bangunan di London (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 12:07PM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 12:08PM

SINGAPURA: HSBC Holdings dan pelabur negara Temasek berganding bahu untuk membangunkan sebuah wadah pembiayaan pinjaman bagi projek prasarana mampan dengan fokus awal ditumpukan kepada Asia Tenggara.

Kedua-dua syarikat itu menyatakan dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (30 Sep) ia akan melaburkan jumlah gabungan sehingga $150 juta ekuiti untuk membiayai pinjaman dalam fasa awal.

Wadah berpangkalan di Singapura itu bertujuan memperuntukkan pinjaman $1 bilion dalam tempoh lima tahun.

"Wadah itu akan menyasarkan tenaga boleh diperbaharui dan penyimpanannya, rawatan air dan sisa serta pengangkutan mampan untuk membantu memenuhi sasaran mengurangkan karbon. Ini di samping membina daya tahan untuk mengimbangi kesan perubahan iklum," hurai syarikat-syarikat itu.

Noel Quinn, Ketua Eksekutif Kumpulan HSBC, berkata kerjasama itu "bertujuan menangani beberapa kekangan terbesar untuk membiayai prasarana mampan yang mana ia amat diperlukan."

Di peringkat sejagat, pemerintah, syarikat dan pelabur sedang mengambil langkah-langkah untuk membangunkan rancangan kewangan iklim bagi membiayai peralihan ke sebuah ekonomi yang rendah karbon.

Pelaburan prasarana bernilai sekitar $2 trilion diperlukan sepanjang 10 tahun berikut untuk membolehkan peralihan mampan Asia Tenggara, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bain & Company, Microsoft serta Temasek pada Rabu.

HSBC dan Temasek menyatakan Bank Pembangunan Asia (ADB) akan menawarkan bantuan teknikal dan bantuan lain kepada wadah tersebut.

Sementara itu, Clifford Capital Holdings - sebuah platform pakar pembiayaan dan pengedaran pakar untuk aset prasarana, yang berpusat di Singapura - akan membantu dalam kepakaran pembiayaan projek. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan