Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

HSBC rancang teruskan rancangan hentikan 35,000 pekerja, menurut memo

HSBC akan meneruskan rancangannya untuk menghentikan 35,000 pekerja dalam tempoh jangka pertengahan ini, menurut memo yang dilihat oleh Reuters pada Rabu (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
HSBC rancang teruskan rancangan hentikan 35,000 pekerja, menurut memo

Gambar fail logo HSBC di sebuah bangunan di London (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Jun 2020 06:10PM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 06:16PM

LONDON: HSBC akan meneruskan rancangannya untuk menghentikan 35,000 pekerja dalam tempoh jangka pertengahan ini, menurut memo yang dilihat oleh Reuters pada Rabu (17 Jun).

Rancangan itu ditangguhkan sebelum ini kerana penularan virus korona COVID-19.

Bank tersebut juga akan tetap membekukan hampir semua pengambilan pekerja baru dari luar, menurut Ketua Eksekutif Noel Quinn dalam memo tersebut yang dihantar kepada 235,000 kakitangan bank itu di seluruh dunia.

"Kami tidak boleh menghentikan kehilangan pekerjaan buat tempoh yang tidak dapat ditentukan - selama ini persoalannya 'bukan jika, tetapi bila' kata Encik Quinn.

Seorang jurucakap bank mengesahkan kandungan memo itu.

Pada Mac, HSBC menangguhkan pemotongan pekerjaan sebagai salah satu langkah penyusunan semula yang lebih luas untuk mengurangkan kos - dengan menyatakan ia tidak wajar dilakukan di tengah-tengah keadaan luar biasa COVID-19.

Bank itu kini perlu meneruskan rancangan tersebut sedang keuntungan menjunam dan unjuran ekonomi membayangkan masa depan yang sukar, kata Encik Quinn, yang menambah beliau sudah mengarahkan para eksekutif kanan untuk meneroka cara-cara mengurangkan kos pada separuh kedua tahun ini.

Di bawah rancangan penyusunan semula yang pertama kali diumumkan pada Februari, HSBC menyatakan ia akan menggabungkan perniagaan perbankan privet dan harta, mengurangkan perniagaan ekuiti di Eropah dan mengurangkan rangkaian runcit di Amerika Syarikat dengan tujuan menjimatkan kos sebanyak AS$4.5 bilion (S$6.27 bilion).

"Hakikatnya, langkah-langkah dan perubahan yang diumumkan pada Februari lebih diperlukan hari ini," kata Encik Quinn.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan