Images
  • hsbc logo generic
    Gambar fail logo HSBC di sebuah bangunan di London (Gambar: Reuters)

HSBC rancang buang 10,000 pekerja untuk kurangkan kos, menurut laporan

LONDON: HSBC merancang untuk membuang sehingga 10,00 pekerja sedang Ketua Eksekutif sementara, Noel Quinn, berusaha untuk mengurangkan kos operasi di kumpulan syarikat perbankan tersebut, lapor Financial Times pada Ahad (6 Okt).

Menurut akhbar itu, yang menukil dua orang yang berkongsi mengenai perkara berkenaan, rancangan tersebut melibatkan jawatan-jawatan bergaji tinggi.

Laporan sementara bank tersebut menyatakan 237,685 pekerja sepenuh masih berkhidmat sehingga Jun lalu.

HSBC mungkin mengumumkan langkah pengurangan kos terbarunya itu dan pembuangan pekerja apabila ia membentangkan laporan kewangan suku ketiga pada hujung bulan ini, menurut Financil Times.

Quinn menjadi CEO sementara pada Ogos lalu selepas bank tersebut mengumumkan pengunduran mengejutkan ketua pegawai eksekutifnya, John Flint, yang hanya mengetuai bank tersebut selama 18 bulan.

Pembuangan kerja terbaru yang diaporkan itu tambahan kepada pengurangan sekitar 4,000 pekerja yang diumumkan sebelum ini.

HSBC bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya CNA, berhubung laporan Financial Times itu sama ada unit Singapura akan terjejas oleh pengurangan kerja itu.  

- REUTERS/CNA/FZ/fz

Top