Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

HSBC akan berhentikan 4,000 pekerja, Singapura 'kekal kunci' pertumbuhan

Bank berpangkalan di Britian HSBC akan memberhentikan ribuan pekerja di seluruh dunia dalam usaha menyusun semula operasi, namun menekankan bahawa perniagaannya di Singapura "kekal kunci" pertumbuhannya.

Anggaran Waktu Membaca:
HSBC akan berhentikan 4,000 pekerja, Singapura 'kekal kunci' pertumbuhan

Gambar fail logo HSBC di sebuah bangunan di London (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Aug 2019 12:59PM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 01:05PM

SINGAPURA: Bank berpangkalan di Britian HSBC akan memberhentikan ribuan pekerja di seluruh dunia dalam usaha menyusun semula operasi, namun menekankan bahawa perniagaannya di Singapura "kekal kunci" pertumbuhannya.

Bank tersebut akan memberhentikan sekitar 2 peratus tenaga kerjanya, atau sekitar 4,000 pekerjaan, sebagai sebahagian daripada usaha penyusunan semula bagi mengatasi ketidaktentuan sejagat, menurut bank tersebut pada Isnin (5 Ogos).

Menurut laporan tahunannya yang terbaru, HSBC menggajikan 235,217 pekerja sehingga Disember 2018.

Pemberhentian pekerja akan "menyasarkan pegawai lebih tinggi", menurut ketua pegawai kewangan Ewen Stevenson melalui satu persidangan menerusi telefon berhubung pendapatan separuh pertama. Beliau menambah HSBC akan membayar sekitar AS$650 juta (S$898 juta) hingga AS$700 juta dalam bentuk pampasan.

Bank tersebut, yang meraih 80 peratus keuntungannya dari rantau Asia, enggan mendedahkan lebih banyak butiran tentang pembuangan kerja tersebut, termasuk sama ada ia akan menjejas unitnya di Singapura.

"Singapura adalah satu daripada lapan negara strategik pelaburan kami," menurut pengerusi Mark Tucker dalam satu panggilan kepada pihak media. "Kami sedang memberi tumpuan dan sokongan kepada perniagaan itu dan ia kekal kunci kepada keseluruan wawasan kami di Asia dan Asia Tenggara.

"Maka itu Singapura adalah sebahagian utama masa depan dan pertumbuhan kumpulan syarikat," kata beliau.

CEO HSBC BERUNDUR SELEPAS 18 BULAN

Pada Isnin HSBC turut mengumumkan perletakan jawatan secara mengejut ketua eksekutifnya John Flint selepas hanya 18 bulan menyandang jawatan itu.

Perletakan jawatan itu diumumkan oleh bank tersebut serentak laporan kewangan separuh pertama pada Isnin sedang ia meramalkan prospek perniagaan yang kurang positif di tengah-tengah ketegangan perdagangan memuncak antara China dengan Amerika Syarikat, kitaran dasar kewangan yang semakin longgar, kegusaran pasaran utama Hong Kong dan Brexit.

HSBC antara beberapa bank Eropah yang menghentikan pekerja dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Deutsche Bank dari Jerman pada Julai menghentikan 18,000 pekerja merata dunia, Barclays dari London menghentikan 3,000 pekerja pada suku kedua manakala Societe Generale dari Perancis pula mengumumkan pada April akan menghentikan 1,600 pekerja.

Sumber : Agensi berita/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan