Images
  • hp
    (Gambar: Brendan McDermid/Reuters)

HP akan berhentikan 7,000 hingga 9,000 pekerja dalam langkah penyusunan semula

SAN FRANCISCO: Pengeluar komputer peribadi HP Inc menyatakan pada Khamis (3 Okt) bahawa syarikatnya akan memberhentikan sekitar 7,000 hingga 9,000 pekerjanya sebagai sebahagian daripada pelan penyusunan semula fiskalnya untuk tahun 2020.

HP menganggarkan bahawa rancangan tersebut akan membawa penjimatan kasar tahunan sekitar AS$1 bilion (S$1.38 bilion) menjelang akhir tahun kewangan 2022.

Syarikat itu mempunyai sekitar 55,000 pekerja di seluruh dunia sehingga 31 Okt 2018, menurut rekod dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat.

HP menjangkakan perlu membiayai kos tenaga kerja dan bukan berkaitan bernilai sekitar AS$1 bilion (S$1.38 bilion) berkaitan langkah penyusunan semula itu.

Encik Lores akan mengambil alih Encik Dion Weister sebagai CEO pada 1 Nov.

HP juga menjangkakan akan menjana aliran tunai bebas sekurang-kurangnya AS$3 bilion (S$4.14 bilion) semasa tahun kewangannya pada 2020 dan merancang untuk meningkatkan dividen suku tahunan sebanyak 10 peratus.

- REUTERS/NA/na

Top