Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hong Kong atasi S'pura dalam senarai bandar paling sesuai didiami di dunia

Hong Kong kembali mendahului Singapura dalam senarai bandar yang paling sesuai didiami di dunia dalam tinjauan global tahunan, dengan hanya 0.1 peratus memisahkan kedua-dua bandar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong atasi S'pura dalam senarai bandar paling sesuai didiami di dunia

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 02:40PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 02:43PM

SINGAPURA: Hong Kong kembali mendahului Singapura dalam senarai bandar yang paling sesuai didiami di dunia dalam tinjauan global tahunan, dengan hanya 0.1 peratus memisahkan kedua-dua bandar itu.

Ranking Hong Kong dalam Indeks Bandar Sesuai Didiami Global oleh Unit Pengumpulan Maklumat Ekonomist (EIU) jatuh dengan ketara pada 2015 disebabkan oleh keprihatinan yang meningkat terhadap Revolusi Payung, sekaligus membolehkan Singapura mengatasi Hong Kong buat julung-julung kalinya tahun lalu.

Hong Kong menduduki tempat ke-35 dalam ranking tahun ini, manakala Singapura pula menduduki tangga ke-37, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh EIU.

Singapura turut meraih peningkatan dalam kategori jagaan kesihatan awam, dengan mencatatkan markah tertinggi dalam kategori tersebut, menurut kenyataan itu lagi.

Rating EIU, yang membentuk sebahagian daripada Tinjauan Kos Sara Hidup Sedunia, memberi markah kepada 140 bandar berdasarkan tahap kestabilan, jagaan kesihatan, budaya dan sekitaran, serta pendidikan dan prasarana.

Selepas menduduki tempat pertama dalam senarai itu selama tujuh tahun, kedudukan Melbourne kini diambil alih oleh Vienna yang dinobatkan sebagai bandar paling sesuai didiami dalam ranking tahun ini.

Vienna dan Melbourne mencatatkan markah maksimum bagi kategori jagaan kesihatan, pendidikan dan prasarana.

Meskipun Melbourne mencatatkan markah yang lebih tinggi bagi komponen budaya dan sekitaran, ia tidak melebihi ranking kestabilan Vienna yang lebih baik.  

Sumber : Reuters/CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan