Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil perkilangan Singapura susut bulan kedua berturut-turut pada Disember

Hasil perkilangan Singapura merosot buat bulan kedua berturut-turut pada Disember 2019, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Jumaat (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil perkilangan Singapura susut bulan kedua berturut-turut pada Disember
Diterbitkan : 24 Jan 2020 02:35PM Dikemas Kini : 24 Jan 2020 02:37PM

SINGAPURA: Hasil perkilangan Singapura merosot buat bulan kedua berturut-turut pada Disember 2019, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Jumaat (24 Jan).

Hasil perkilangan dari bulan ke bulan susut 0.7 peratus bulan lalu, menyusuli kemerosotan lebih besar sebanyak 9.3 peratus pada November.

Berdasarkan penyesuaian musiman, hasil pengeluaran naik 4.1 peratus pada Disember berbanding bulan sebelumnya.

Kemerosotan itu sejajar dengan penyusutan dalam hasil perkilangan pada 2019 yang mencatatkan kemerosotan 1.4 peratus berbanding 2018, menurut data EDB.

Hasil perkilangan bagi sektor kejuruteraan pengangkutan mencatatkan kemerosotan terbesar sedang ia menjunam 14.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018. Secara keseluruhannnya, kelompok itu menguncup 1.8 peratus pada 2019 berbanding 2018.

Hasil perkilangan secara umum jatuh 10.0 peratus bulan lalu, namun mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus secara keseluruhan pada 2019.

Hasil pengeluaran sektor kimia susut 5.2 peratus pada Disember dan 2.0 peratus bagi keseluruhan tahun lalu.

Hasil perkilangan bioperubatan mencatat prestasi baik, berkembang 10.3 peratus pada Disember berbanding tempoh yang sama pada 2018. Kelompok itu mencatatkan pertumbuhan 10.7 peratus secara keseluruhan pada 2019.

Hasil perkilangan kejuruteraan jitu naik sedikit, sebanyak 0.2 peratus pada Disember; manakala secara keseluruhan, sektor elektronik merosot 7.4 peratus pada 2019 berbanding 2018.  

Sumber : CNA/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan