Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil perkilangan S'pura naik 8.6% pada Jan, meningkat 3 bulan berturut-turut

Hasil perkilangan Singapura terus meningkat untuk tiga bulan berturut-turut, dipacu oleh sektor elektronik dan kejuruteraan jitu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2021 07:19PM Dikemas Kini : 27 Feb 2021 12:35AM

SINGAPURA: Hasil perkilangan Singapura terus meningkat untuk tiga bulan berturut-turut, dipacu oleh sektor elektronik dan kejuruteraan jitu.

Data terbaru Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menunjukkan keluaran kilang naik 8.6 peratus pada bulan lalu berbanding setahun lalu.

Tidak termasuk pengeluaran bio-perubatan, hasil perkilangan naik 12.1 peratus.

Pertumbuhan itu dipacu oleh sektor elektronik yang berkembang hampir 20 peratus berbanding setahun lalu.

Segmen semikonduktor khususnya mencatat lonjakan 23.8 peratus, disokong permintaan khidmat pengkomputeran awan, kereta dan pasaran 5G.

Pengeluaran sektor kejuruteraan jitu pula meningkat sekitar 15 peratus berbanding setahun lalu.

Ini didorong segmen mesin dan sistem yang tumbuh 20.2 peratus sejajar dengan pengeluaran peralatan semikonduktor yang turut meningkat.

Sementara itu, pengeluaran bagi kejuruteraan pengangkutan merosot 19 peratus.

Ini meskipun segmen pengangkutan darat berkembang 36.2 peratus, dengan pengeluaran komponen dan aksesori kenderaan yang lebih tinggi. 

Sumber : CNA/RR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan