Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil perkilangan S'pura merosot 8% pada Ogos

Hasil pengeluaran perindustrian negara jatuh 8 peratus pada bulan ini berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Sep 2019 06:50PM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 08:48PM

SINGAPURA: Hasil pengeluaran perindustrian negara jatuh 8 peratus pada bulan ini berbanding setahun lalu.

Perangkaan itu lebih rendah daripada apa yang diramalkan pasaran.

Ketegangan perdagangan sejagat kekal menjadi faktor utama yang menjejas sektor pengilangan.

Hasil pengeluaran perkilangan berada di kadar negatif buat empat bulan berturut-turut, disebabkan sektor elektronik dan kejuruteraan jitu yang semakin lemah.

Hasil pengeluaran elektronik menguncup sebanyak 24.4 peratus sementara hasil pengeluaran semikonduktor menjunam 29.6 peratus berbanding setahun lalu.

Kelompok kejuruteraan jitu turun sebanyak 13.6 peratus.

Pengilangan bioperubatan kekal sebagai sektor yang masih berkembang sebanyak 10.6 peratus.
 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan